Hukuman mati Nagaenthran K. Dharmalingam | |
---|---|
Kelahiran | 13 September 1988 |
Meninggal dunia | 27 April 2022 (umur 33) |
Sebab kematian | Hukuman gantung |
Status jenayah | Hukuman mati |
Sabitan | Penyeludupan dadah |
Hukuman jenayah | Kematian |
Nagaenthran a/l K. Dharmalingam (13 September 1988 – 27 April 2022) ialah seorang warganegara Malaysia yang disabitkan kesalahan mengedar 42.72 gram heroin pada April 2009 apabila memasuki Singapura dari Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands dengan dadah jenis heroin yang diikat pada pehanya. Nagaenthran mengaku melakukan jenayah itu, tetapi memberikan kenyataan yang mendakwa beliau diarah melakukan jenayah itu kerana terpaksa oleh dalang yang menyerangnya dan mengancam untuk membunuh teman wanitanya. Nagaenthran juga mendakwa beliau berbuat demikian untuk mendapatkan wang untuk membayar hutangnya sebelum beliau kemudiannya menafikan sebarang pengetahuan tentang kandungan bungkusannya.[1]
Nagaenthran telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada November 2010. Walau bagaimanapun, hukumannya telah ditangguhkan kerana moratorium dikenakan ke atas semua hukuman gantung di Singapura sementara menunggu perubahan kehakiman undang-undang hukuman mati mandatori, yang mempertimbangkan dan meluluskan pengenaan hukuman penjara seumur hidup dengan atau tanpa merotan untuk pengedar dadah yang menjadi kurier atau menghidap penyakit mental. Walaupun Nagaenthran melakukan pelbagai rayuan, beliau dinilai sebagai tidak layak untuk dijatuhkan hukuman semula kerana dia tidak cacat mental atau intelek walaupun IQ rendahnya 69. Nagaenthran juga kehilangan rayuannya untuk mendapatkan pengampunan, dan beliau akhirnya dijadualkan digantung pada 10 November 2021 selepas menghabiskan 11 tahun untuk hukuman mati.[2][3] Bagaimanapun, berikutan rayuan saat akhir dan jangkitan COVID-19, hukuman mati Nagaenthran telah digantung selama lima bulan,[4][5][6][7] sehingga rayuannya ditolak pada 29 Mac 2022.[8][9] Selepas itu, Nagaenthran dihukum mati di Penjara Changi pada 27 April 2022; beliau berusia 33 tahun.[10][11]
Sebelum pelaksanaan hukuman gantung ke atas Nagaenthran, kesnya menarik perhatian antarabangsa, dengan banyak aktivis dan pertubuhan asing meminta Singapura meringankan hukuman mati Nagaenthran kepada penjara seumur hidup kerana IQnya yang rendah dan secara keseluruhannya, untuk menghapuskan hukuman mati sambil mengutuk Singapura kerana perlaksanaan hukuman mati ke atas pengedar dadah.[12][13][14][15] Kerajaan Singapura, sebagai tindak balas kepada rayuan ini, menegaskan bahawa Nagaenthran tidak mengalami masalah mental atau intelek yang ketara walaupun IQnya rendah, dan oleh itu tiada asas bagi kerajaan untuk campur tangan dan meringankan hukuman mati Nagaenthran.[16]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "The trial, conviction and sentence of Nagaenthran — Hafiz Hassan". Malay Mail. 17 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2021. Dicapai pada 18 November 2021.
- ^ "Last-ditch bid to spare mentally impaired man from hanging in Singapore". The Sydney Morning Herald. 2 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2021. Dicapai pada 2 November 2021.
- ^ "Singapore is set to execute a mentally disabled man for trafficking 1.5 ounces of heroin". The Washington Post. 4 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2021. Dicapai pada 4 November 2021.
- ^ "Singapore: Court stays execution of man with learning disabilities following outrage". The Irish Times. 8 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2021. Dicapai pada 9 November 2021.
- ^ "Court dismisses claim by drug trafficker facing execution that he has 'mental age of person below 18'". The Straits Times. 8 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2021. Dicapai pada 9 November 2021.
- ^ "Execution of Malaysian drug trafficker on death row stayed after he gets COVID-19". CNA. 9 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2021. Dicapai pada 9 November 2021.
- ^ "A sister's plea for her brother's life". Malaysia Now. 30 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2021. Dicapai pada 30 November 2021.
- ^ "Singapore court rejects intellectually disabled man's final appeal against execution for drug smuggling". CNN. 29 March 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2022. Dicapai pada 29 March 2022.
- ^ "Dismay after Singapore court upholds death sentence for man with learning disabilities". The Guardian. 29 March 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2022. Dicapai pada 29 March 2022.
- ^ "Singapore to execute Nagaenthran on April 27 as lawyer appeals to Putrajaya". Malaysia Now. 20 April 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2022. Dicapai pada 20 April 2022.
- ^ "Nagaenthran has been executed: Family". New Straits Times. 27 April 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2022. Dicapai pada 27 April 2022.
- ^ "Singapore halts execution of disabled Malaysian amid pleas". AP News. 8 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2021. Dicapai pada 8 November 2021.
- ^ "Explained: Why the death sentence of Indian-origin Malaysian in Singapore is garnering international attention". Indian Express. 8 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2021. Dicapai pada 8 November 2021.
- ^ "Last rites rights of condemned around the world". BBC News. 10 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.
- ^ "More countries are scrapping the death penalty, but Singapore isn't one of them". SBS News. 10 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.
- ^ "Malaysian drug trafficker 'accorded full due process' under law: PM Lee, Minister Balakrishnan". CNA. 12 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.