NEDPS (NIBS) merupakan sistem kawalan tembakan dan maklumat pergerakan kapal selam.
Gambaran
NEDPS (Sistem Pemproses Data Eletronik Näcken - Näcken Electronic Data Processing System (dalam bahasa Sweden, NIBS)), telah dibangunkan bagi kegunaan kapal selam kelas `Näcken' kepunyaan Tentera laut Sweden.
Sistem bersepadu sepenuhnya ini direka bagi mendapatkan, memproses, dan memaparkan maklumat bagi penilaian taktikal yang menjadi asas keputusan mengenai pemilihan sasaran dan panduan torpedo. Sistem ini termasuk perisian dan peralatan lengkap bagi mengawal torpedo pensasar kawalan-wayar. Turut termasuk adalah kawalan dan pengawasan komputer bagi fungsi kapal, seperti tujahan, pengemudian, penetapan kedalaman, dongakan dan keadaan bateri simpanan.
Sistem ini memiliki tatarajah komputer-berkembar, maklumat dikumpul melalui sistem pengumpulan data yang meluas dari pelbagai sistem pengawasan dan senjata, termasuk juga dari sistem navigasi. Maklumat ini dibentangkan pada pengendali pada dua paparan berasingan, setiap satunya dilengkapi dengan kemudahan input dalam bentuk papan kekunci khas dan bola jejak. Setiap konsol pengendali memuatkan tiga penel senjata pada bahagian atas konsol, bersama dengan paparan angka abjad yang memaparkan maklumat tambahan seperti perutusan hubungan data dan data ESM. Selepas penetapan sasaran penjejakan dilakukan secara automatik dan data kawal tembak dikira secara berterusan.
Torpedoe biasanya dikawal secara automatik sepenuhnya selepas ditembak dangan paparan grafik dan angka abjad bagi semua maklumat berkaitan. Pintasan insani paparan taktikal dan kawal tembak diberikan setiap masa. Plot operasi memberikan julat meluas bagi maklumat tambahan, termasuk: kawasan operasi kapal selam sendiri; pergerakan kapal selam sendiri bersama dengan titik rujukan navigasi; kawasan operasi bagi kapal selam yang lain; medan periuk api; stesyen rada persisiran bersama tatarajah radar. Plot turut memaparkan sehingga 50 sasaran dilabel dalaman, 10 saluran sasaran bagi TMA; 240 sasaran luaran (melalui sambungan data) dengan nombor sasaran dan identiti; dan 32 garis ESM.
Plot taktikal boleh digunakan bagi kiraan TMA sonar pasif sehingga bagi 10 sasaran secara serentak. Pada kelas `Näcken' plot ini dikendali oleh pegawai esekutif yang menyelia pengendali kawalan tembakan dan juga pengendali sonar, radar dan radioESM. Dia turut mengendali pemerhatian periskop yang dilakukan oleh komander.
Status operasi
NEDPS Mk 2, yang menggunakan perisian yang dibangunkan dari versi Mk 1 lebih awal, bersama konsol pelbagai fungsi tunggal, dalam perkhidmatan dengan empat kapal selam kelas `Västergötland' , dan telah dipasangkan pada kapal selam kelas `Näcken' sebagai sebahagian dari program peningkatan mereka. Satu sistem turut dipasang di simulasi latihan di Kolej Tentera laut Berga. Bot kelas `Sjöormen' telah ditukarkan ke Singapura bagi membawa sistem NEDPS. Sistem ini tidak lagi dikeluarkan.
Pembina
- Saab Tech Systems AB
- Järfälla.