My Journey adalah album studio rakaman kelima dan album bahasa Cina pertama nyanyian dan terbitan penyanyi kelahiran Malaysia, Shila Amzah. Album ini dilancarkan pada 30 April 2016 secara fizikal oleh syarikat rakaman beliau, Shilala (HK) Limited di Beijing, China. Secara liriknya, kebanyakan lagu di dalam album ini adalah berdasarkan kehidupan dan pengalamannya. Pembikinan album ini telah menyaksikan kerjasama antara komposer, penulis lirik dan penerbit dari Hong Kong, China dan Malaysia.