Eesti Arhitektuurimuuseum | |
![]() Pandangan luar muzium | |
Maklumat am | |
---|---|
Ditubuhkan | 01 Januari 1991 |
Jenis | Muzium seni bina |
Maklumat pentadbiran | |
Pengarah | Triin Ojari |
Maklumat geografi | |
Lokasi | |
Koordinat | 59°26′25″N 24°45′23″E / 59.440369°N 24.756478°E |
Maklumat pelawat | |
Bilangan pelawat | 27,839 (2013)[1] |
Laman sesawang | |
sunting ![]() |
Muzium Seni Bina Estonia (Estonia: Eesti Arhitektuurimuuseum) ialah sebuah muzium seni bina di Tallinn, Estonia. Ia terletak di kawasan Rotermann.[2] Muzium tersebut merupakan salah satu ahli ICAM.
Sejarah
Muzium tersebut ditubuhkan pada 1 Januari 1991 untuk mendokumen, memelihara dan memaklumkan pelawat tentang sejarah seni bina Estonia dan perkembangannya kini. Muzium tersebut mula berkendali di ruang sementara di Kooli 7 di Bandar Lama Tallinn, di mana koleksinya terletak di Menara Loewenschede zaman pertengahan. Pada tahun 1996, muzium tersebut berpindah ke Persimpanan Garam Rotermann. Bangunan tersebut dibuka kepada orang ramai pada 7 Jun 1996.[3]
Bangunan
Ruang bawah tanah melengkung bangunan tersebut, yang telah disiapkan mengikut projek yang dirangka oleh jurutera Baltik-Jerman Ernst Boustedt pada tahun 1908, ialah ruang untuk penyimpanan garam. Persimpanan Garam tersebut telah dilangbina pada 1995–1996 mengikut projek oleh arkitek Ülo Peil dan arkitek dalaman Taso Mähar (kedua-duanya dari biro seni bina Urbel & Peil). Semasa pelangbinaan tersebut, strukturnya – yang asalnya setingkat – dibahagikan kepada beberapa tingkat dengan siling perantaraan dan galeri untuk menyediakan lebih banyak ruang pameran yang mempunyai sifat berbeza-beza.[4]
Koleksi
Koleksi muzium tersebut dikategorikan kepada koleksi arkib, foto, model, perabot, dan seni. Terdapat kira-kira 11500 item dalam koleksi arkib bersama dengan pelan bandar, projek bangunan, lukisan seni bina, gambar, dan manuskrip. Koleksi foto mempunyai hampir 18000 item (gambar dan negatif).[5] Lebih 200 item (model pembinaan seni bina yang berbeza) dipamerkan dalam koleksi model muzium tersebut.[6] Koleksi perabot dan seni juga mengandungi item yang dikaitkan dengan arkitek, seperti perabot, lukisan, catan, dan grafik yang direka oleh arkitek.[5]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Kultuuriministeeriumi haldusala muuseumide külastatavus 2013" (PDF) (dalam bahasa Estonian). Kultuuriministeerium. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 30 January 2015. Dicapai pada 30 January 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Museum of Estonian Architecture Review | Explore Tallinn Like a Local".
- ^ "Museum history". www.arhitektuurimuuseum.ee. Dicapai pada 7 July 2014.
- ^ "Building history". www.arhitektuurimuuseum.ee. Dicapai pada 7 July 2014.
- ^ a b "Overview of collections". www.arhitektuurimuuseum.ee (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-12.
- ^ "Model collection". www.arhitektuurimuuseum.ee (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-12.
Templat:Tallinn landmarks59°26′25.33″N 24°45′23.32″E / 59.4403694°N 24.7564778°E