Rencana ini tidak mempunyai bahagian utama. (Julai 2023) |
- 25 November - 25 Disember 1991, sekumpulan penyelidik dari Muzium Negara, Kerajaan Negeri Perak dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuat kajian tentang kewujudan Kerajaan Gangga Negara.
- Artifak yang ditemui oleh orang kampung telah dikaji semula. Beberapa artifak-artifak sejarah telah ditemui. Artifak-artifak ini disimpan oleh Muzium Negara. Pihak Jabatan Muzium merasakan kesemua penemuan tersebut perlu ditempatkan di sebuah Muzium yang dinamakan Muzium Beruas, sementara kajian-kajian seterusnya dibuat dari semasa ke semasa.
- Bangunan Mahkamah Beruas diubahsuai untuk dijadikan Muzium Beruas. Asalnya pejabat KEMAS kawasan Beruas.
- Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia melalui Jabatan Muzium dan Antikuiti menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia ke-6 telah membiayai Muzium Beruas.
- 23 Mei 1995, Muzium Beruas diserahkan oleh Ketua Pengarah Muzium Negara kepada Kerajaan Perak.
- Julai 1995 Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli Ngah Talib merasmikan Muzium Beruas dan telah dibuka kepada orang ramai.