Muniff Isa | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Muniff bin Md Isa 1981 (umur 43–44) |
Pendidikan | Diploma Seni Persembahan |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2005–kini |
Pasangan | Mas Muharni (k. 2014) |
Abdul Muniff Md Isa ialah seorang pelakon lelaki Malaysia dan merupakan anak kepada ahli politik dan bekas Menteri Besar Perlis, Md Isa Sabu.
Kerjaya
Muniff Isa memulakan kerjaya lakonan pada 2005. Antara drama lakonannya termasuk Cinta Batu Belah, Stanza Cinta dan BFF: Teman Tapi Mesra yang kesemuanya pernah bersiaran di TV3. Beliau juga pernah menjadi pengacara rancangan Ejen Halal yang disiarkan di TV AlHijrah.
Kehidupan peribadi
Beliau mempunyai adik-beradik seramai 7 orang dan merupakan graduan Diploma Seni Persembahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[1]
Beliau berkahwin dengan pelakon, Mas Muharni pada 20 Disember 2014. Muniff dan Mas mula berkenalan ketika sama-sama belajar di UiTM.[1][2][3]
Muniff juga berkebolehan bertutur dalam bahasa Mandarin dan Hokkien.[4]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | Dilarang Masuk | Bad | Filem pertama |
Nur Kasih The Movie | Mamat | ||
2012 | Jiwa Taiko | Elang | Penampilan khas |
29 Februari | Arif | ||
2013 | Tanda Putera | Shafee Yahya |
Drama
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Cinta Batu Belah | Helmi | TV3 | |
2009 | Jongkang Jongkit | Rono | Astro Warna | Pelakon pembantu dalam episod 1-26 - bersama Zul Transformer dan Deshtan |
2009-2010 | Blogger Boy | Joe | 8TV | Episod. 27 |
2010 | Pasukan Gerakan Marin | Zaharin | TV9 | |
2011 | Gemilang | Johan | TV3 | |
Stanza Cinta | Fadhli | |||
2012 | BFF: Teman Tapi Mesra | Iskandar | ||
Bukan Bidadari | Shidi | |||
2014 | Kifarah (Musim 1) | Episod: "Amanah" | ||
Kifarah (Musim 2) | Joe | Episod: "Panjang Tangan" | ||
2015 | Kifarah Mistik | Episod: "Silap Mata" |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Terima Kasih Cikgu | Zamri | TV1 | |
2017 | Simpang Jalan | Ah Keong | Astro Citra |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2010–2012 | Ejen Halal | Pengacara | TV AlHijrah |
Iklan
- Dadah (2015)
Rujukan
- ^ a b "Akad nikah sekali lafaz". Harian Metro. 21 Disember 2014. Dicapai pada 16 Januari 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (20 Disember 2014). "Mas Muharni-Muniff Isa sah bergelar suami-isteri". Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2018.
- ^ Juwie (8 November 2014). "Cinta lokasi Munif, Mas Muharni ke jenjang pelamin". Berita Harian. Dicapai pada 17 Januari 2020.
- ^ "Selebriti popular anak VIP". Melastik Bintang. 26 Julai 2012. Dicapai pada 18 April 2018.