Mukim Chuping | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Perlis |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Kangar |
Keluasan | |
• Jumlah | 102 km2 (39 batu persegi) |
Penduduk (2010) | 12,779 |
• Kepadatan | 125.3/km2 (325/batu persegi) |
Chuping merupakan sebuah pekan dan mukim yang terletak di Perlis, Malaysia.[1] Penanaman tebu yang terbesar di Malaysia terletak di sini.[perlu rujukan]
Semasa dahulu, Bukit Chuping menjadi punca pengeluaran baja tahi kelawar. Bukit Chuping ialah bukit batu mendap batu kapur yang mempunyai gua yang terdapat kelawar. Semasa dahulu, baja tahi kelawar ini satu baja yang ada untuk tanaman terutama tanaman padi kerana ia mengandungi kalsium dan besi yang mengikat fosfat. Apabila baja ini diletakan pada sawah padi yang terendam, pembebasan fosfat dan kalsium menyuburkan lagi tanaman.[perlu rujukan]
Chuping menjadi lokasi pengambaran filem KL Menjerit dan KL Menjerit 1.[perlu rujukan]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Mukim Chuping merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis. Ia terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Pusat bagi mukim Chuping terletak di Pekan Chuping yang menjadi pusat perdagangan utama di mukim ini[2]. Mukim Chuping juga dipecahkan kepada beberapa buah kampung dan taman perumahan. Keluasan mukim Chuping ialah 102 km persegi dan menjadi mukim kedua terbesar di Perlis. Mukim Chuping juga dihuni kira-kira 12,779 orang pada 2010.[3]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Mukim Chuping terletak di utara negeri Perlis bersempadan dengan mukim Pedang Siding, Ngulang dan Oran di selatan, Paya dan Beseri di barat, Titi Tinggi di utara dan daerah Sadao, Thailand di timur. Mukim Chuping terkenal dengan kemajuan dalam sektor pertanian dan menjadi kawasan penanaman tebu terbesar di Malaysia.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Jumlah penduduk di mukim Chuping ialah sebanyak 12,779 orang mengikut bancian 2010 dengan taburan penduduk 125 orang perkilometer persegi iaitu kategori taburan penduduk sederhana.[3] Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu 82 peratus dari jumlah penduduk.[4]
Warganegara | Kaum | Jumlah | |
---|---|---|---|
Warganegara
Malaysia |
Bumiputera | Melayu | 10,434 |
Bumiputera lain | 99 | ||
Cina | 126 | ||
India | 46 | ||
Lain-lain | 1,719 | ||
Bukan warganegara | tiada data | 355 |
Kumpulan umur | Jumlah |
---|---|
70 tahun dan ke atas | 619 |
60 hingga 69 tahun | 931 |
50 hingga 59 tahun | 1,302 |
40 hingga 49 tahun | 1,576 |
30 hingga 39 tahun | 1,497 |
20 hingga 29 tahun | 2,144 |
10 hingga 19 tahun | 2,526 |
0 hingga 9 tahun | 2,184 |
Jantina | Jumlah |
---|---|
Lelaki | 6,580 |
Wanita | 6,199 |
Iklim
[sunting | sunting sumber]Pada 9 April 1998, Chuping telah merekodkan suhu tertinggi dan terpanas di Malaysia iaitu 40.1 °C (104.2 °F).[5]
Chuping menerima lebihan purata hujan sedikit lebih daripada 2,000 mm (79 in) setahun dan kumulatif hujan jika dibandingkan di tempat-tempat lain di Malaysia, kerana itu Chuping dikategori salah satu tempat paling kering di Malaysia. Musim panas kering boleh berlaku ketika bulan Disember hingga Februari, namun boleh lebih lama daripada 100 mm (3.9 in) taburan hujan. Manakala bulan Mac hingga November ialah musim hujan.
Purata hujan Chuping 2013 boleh dibandingkan di tempat-tempat lain dalam Malaysia mengikut Julat Purata Hujan Lokasi-lokasi di Malaysia 2013
Data iklim untuk Hujan Chuping tahun 2013 (Purata Hujan : 2002-2012) | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata kerpasan, mm (inci) | 31 (1.2) |
87.8 (3.46) |
29.6 (1.17) |
191.8 (7.55) |
218 (8.6) |
0 (0) |
0 (0) |
0 (0) |
0 (0) |
0 (0) |
0 (0) |
0 (0) |
558.2 (21.98) |
Purata curahan hujan, mm (inci) | 92.8 (3.65) |
96.3 (3.79) |
212.4 (8.36) |
200.9 (7.91) |
132.8 (5.23) |
124.6 (4.91) |
184 (7.2) |
204.1 (8.04) |
241.4 (9.50) |
206.3 (8.12) |
227.6 (8.96) |
100.2 (3.94) |
2,023.4 (79.61) |
Sumber: Malaysian Meteorological Department |
Data iklim untuk Taburan Hujan di Chuping tahun 2012 | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata kerpasan, mm (inci) | 170.2 (6.70) |
153.8 (6.06) |
199.6 (7.86) |
258 (10.2) |
169.8 (6.69) |
64.2 (2.53) |
137.6 (5.42) |
125.2 (4.93) |
246.6 (9.71) |
174.9 (6.89) |
241 (9.5) |
141.8 (5.58) |
2,082.7 (82.07) |
Sumber: Malaysian Meteorological Department |
Data iklim untuk Taburan Hujan di Chuping tahun 2011 | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata kerpasan, mm (inci) | 68.2 (2.69) |
153 (6.0) |
407 (16.0) |
102 (4.0) |
93 (3.7) |
210.8 (8.30) |
97.2 (3.83) |
301.2 (11.86) |
329.8 (12.98) |
109 (4.3) |
193.4 (7.61) |
114.6 (4.51) |
2,179.2 (85.78) |
Sumber: Malaysian Meteorological Department |
'Tahun | 'Taburan hujan |
---|---|
Sumber | Jabatan Statistik Malaysia |
Sistem Pengering Suria
[sunting | sunting sumber]Di Chuping juga terdapat sebuah sistem pengering suria yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Pengering ini digunakan untuk mengeringkan tanaman kenaf atau Hibiscus Cannabinus L yang banyak ditanam di lembah Chuping. Kenaf merupakan tanaman komoditi ketiga negara selepas kelapa sawit dan getah. Haba suria yang diserap menggunakan teknologi solar thermal akan disimpan di dalam tangki simpanan haba, kemudian disalurkan ke dalam kebuk pengeringan untuk tujuan pengeringan. Penggunaan sistem pengering termaju ini boleh meningkatkan hasil, kualiti dan produktiviti kenaf di Chuping.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH PERLIS" (PDF). Geoportal Malaysia.
- ^ "APLIKASI CARIAN KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH (UPI)".
- ^ a b "Chuping population". Citypopulation (dalam bahasa Inggeris). 2010.
- ^ a b c d "Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010.
- ^ "General Climate Information". Malaysia Meteorological Department. Dicapai pada 2010-09-23.