Muhammad Zia-ul-Haq | |
---|---|
Dalam jawatan 16 September 1978 – 17 Ogos 1988 | |
Perdana Menteri | Muhammad Khan Junejo |
Didahului oleh | Fazal Ilahi Chaudhry |
Digantikan oleh | Ghulam Ishaq Khan |
Dalam jawatan 11 Oktober 1976 – 17 Ogos 1988 | |
Didahului oleh | Tikka Khan |
Digantikan oleh | Mirza Aslam Beg |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 12 Ogos 1924 Jalandhar, India British |
Mati | 17 Ogos 1988 Bahawalpur, Punjab, Pakistan | (umur 64)
Parti politik | Ketenteraan |
Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq (Urdu: محمد ضیاءالحق) (lahir 12 Ogos 1924 – 17 Ogos 1988) adalah ketua negara Republik Islam Pakistan dari Julai 1977 hingga Ogos 1988.
Beliau dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Pakistan pada 1976. Jeneral Zia-ul-Haq telah melakukan rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah untuk menjatuhkan Perdana Menteri Zulfikar Ali Bhutto pada 5 Julai 1977. Beliau melaksanakan pemerintahan tentera, autokratik dan tiada peluang untuk demokrasi. Beliau memegang jawatan Presiden Pakistan pada September 1978.
Beliau terbunuh dalam satu nahas kapal terbang pada 17 Ogos 1988. Kononnya selepas kematian Jeneral Zia-ul-Haq, kekejaman tentera telah ditamatkan dan pengaruh Amerika Syarikat di Pakistan meningkat secara mendadak.