Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh AMZ, PJK (Terengganu) | |
---|---|
محمد رملي بن نوح | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Tepuh | |
Dalam jawatan 2004–2013 | |
Didahului oleh | Abu Bakar Abdullah |
Digantikan oleh | Hishamuddin Abdul Karim |
Majoriti | 430 (PRU-12) 773 (PRU-13) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Wakaf Mensira, Kuala Terengganu, Terengganu | 30 Julai 1966
Parti politik | UMNO |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Laman web | DUN Terengganu |
Haji Muhammad Ramli bin Haji Nuh (lahir 30 Julai 1966) adalah rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tepuh, Terengganu. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu. Sebelum itu, beliau merupakan bekas pegawai Kadi daerah Marang. Beliau telah dilahirkan di Kampung Wakaf Mesira pada 30 Julai 1966. Pada peringkat parti, beliau merupakan Ketua Penerangan UMNO bahagian Kuala Nerus.
Mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Syariah dan Undang-Undang dari Fakulti Pengajian Islam. Beliau kini telah berkahwin dan mempunyai 5 cahaya mata. Beliau amat disenangi oleh semua golongan dan berjiwa rakyat.[1] Ustaz Muhammad Ramli telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 11 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tepuh dan berjaya memenangi kerusi tersebut. Beliau mendapat undi sebanyak 7,583 undi menewaskan penyandang sebelumnya iaitu Ustaz Dr Abu Bakar dengan majoriti 774 undi.[2] Dalam pilihan raya yang ke-12, Ustaz Muhammad Ramli mempertahankan kerusi tersebut dengan sekali lagi menewaskan calon dari PAS, Ustaz Dr Abu Bakar dengan majoriti 430.[3]
Keputusan Pilihan Raya
Tahun | Undi | Pts | Lawan | Undi | Pts | Jumlah Undi | Undi Rosak | Majoriti | Keluar | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Muhammad Ramli Bin Haji Nuh (UMNO) | 7,583 | 52.66% | Abu Bakar Abdullah (PAS) | 6,809 | 47.28% | 14,556 | 156 | 774 | 87.43% |
2008 | Muhammad Ramli Bin Haji Nuh (UMNO) | 8,445 | 51.11% | Abu Bakar Abdullah (PAS) | 8,025 | 48.57% | 16,715 | 192 | 430 | 84.21% |
2013 | Muhammad Ramli Bin Haji Nuh (UMNO) | 10,899 | 49.36% | Hishamuddin Abdul Karim (PAS) | 11,128 | 50.40% | 22,301 | 220 | 229 | 88.60% |
Anugerah
Rujukan
- ^ http://dun.terengganu.gov.my]
- ^ http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkhir.php
- ^ http://semak.spr.gov.my/spr] KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-12 (spr.gov.my)
Pautan luar
- MUHAMMAD RAMLI BIN HAJI NUH. Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.