Muhammad Rafique Rashid Ali | |
---|---|
محمد رفيقاواي رشيد علي | |
![]() Muhammad Rafique pada 2022 | |
Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) | |
Menyandang jawatan 5 Januari 2023 | |
Presiden | Mukhriz Mahathir |
Didahului oleh | Ulya Aqamah Husamudin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Muhammad Rafique bin Rashid Ali Selangor, Malaysia |
Parti politik | Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) |
Gabungan politik lain | Gerakan Tanah Air (GTA) |
Anak | 2 |
Kediaman | Shah Alam, Selangor, Malaysia |
Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (LLB) |
Pekerjaan | Ahli politik, peguam |
Muhammad Rafique bin Rashid Ali (Jawi: محمد رفيقاواي بن رشيد علي) ialah seorang ahli politik dan peguam Malaysia yang dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sejak Januari 2023. Beliau pernah bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam pada tahun 2022, namun tewas dan hanya berjaya meraih 2,781 undi.
Kehidupan awal dan pendidikan
Muhammad Rafique mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau diterima ke dalam Badan Peguam Malaysia (admitted to the bar) pada tahun 2002.
Kerjaya guaman
Muhammad Rafique merupakan peguam selama 20 tahun. Beliau pernah dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Peguam Selangor pada sesi 2015–2018 dan ahli jawatankuasa (AJK) Majlis Peguam Malaysia (Malaysian Bar Council) pada sesi 2018–2021. Beliau mempunyai firma guaman sendiri, Law Practice of Rafique di Plaza Azalea, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor, Malaysia.[1]
Kerjaya politik
Muhammad Rafique telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Peguan PEJUANG pada pilihan raya umum Malaysia 2022. Beliau dipilih untuk bertanding di kerusi Shah Alam, Selangor pada pilihan raya umum Malaysia 2022 di dalam perlawanan empat penjuru melawan Azli Yusof (AMANAH–PH), Afif Bahardin (BERSATU–PN) dan Hizatul Isham Abdul Jalil (UMNO–BN).[2][3] Walau bagaimanapun, beliau tewas dengan calon AMANAH–PH Azli Yusof dengan majoriti 18,095 undi, dan hanya berjaya mengutip 2,781 undi.
Pada 5 Januari 2023, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) oleh presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.[4]
Kehidupan peribadi
Muhammad Rafique telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Per | Lawan | Undi | Per | Jumlah undi | Majoriti | Turun undi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | P108 Shah Alam, Selangor | Muhammad Rafique Rashid Ali (PEJUANG) | 2,781 | 2.05% | Azli Yusof (AMANAH) | 61,409 | 45.23% | 136,689 | 18,095 | 82.44% | ||
Afif Bahardin (BERSATU) | 43,314 | 31.90% | ||||||||||
Hizatul Isham Abdul Jalil (UMNO) | 28,266 | 20.82% |