Muhammad Husein | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kelahiran | ||||||||||
Warganegara | ![]() | |||||||||
Kerakyatan | ![]() | |||||||||
Pendidikan | Universiti Islam Gaza | |||||||||
Pekerjaan | ||||||||||
Tahun aktif | 2011–kini | |||||||||
Organisasi | INH (International Networking For Humanitarian) | |||||||||
Ketinggian | 175 cm (5 ka 9 in) | |||||||||
Pasangan | Jinan Adjie Muslim | |||||||||
Anak-anak | 2 | |||||||||
Ibu bapa | Ust. Adjie Muslim (Ayah) Siti Fatimah (Ibu) | |||||||||
Keluarga | Adjie Muslim | |||||||||
Tanda panggilan |
| |||||||||
Maklumat YouTube | ||||||||||
Saluran | ||||||||||
Dicipta oleh |
| |||||||||
Tahun aktif | 2011–kini | |||||||||
Pelanggan | 12,8 juta | |||||||||
Jumlah tontonan | 75 miliar | |||||||||
| ||||||||||
Dikemaskini pada 21 Disember 2024 |
Muhammad Husein (Arab: محمد حسين) atau Muhammad Husein Gaza, lahir 7 April 1988 di Cileungsi, Bogor ialah seorang aktivis dan Penggiat YouTube dari Indonesia.[1] Sejak 5 Januari 2011, beliau telah menetap di Genting Gaza, Palestin sebagai wartawan dan penulis. Beliau menamatkan ijazah sarjana mudanya di Universiti Islam Gaza. Beliau juga seorang hafizh dan qari Al-Quran.
Husein hadir bersama 120 aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara di benua Asia. Dia berkahwin dengan seorang wanita Palestin asli bernama Jinan pada tahun 2014.
Kehidupan awal
Para syeikh dan asatidz di lingkungan pesantren selalu menanamkan semangat jihad dengan misi meninggikan kalimat Allah
— Muhammad Husein kepada Wartawan Anadolu Ajansi (media akhnar Türkiye)
Muhammad Husein, ialah putera kepada Ustadz Adjie Muslim dan Siti Fatimah. Semasa kecil, beliau sudah dikenal sebagai anak yang pintar. Dia telah menghafalkan lebih dari separuh surat yang ada di dalam Al-Qur'an dan fasih dalam empat bahasa sebelum merantau ke Gaza. Bahasa Indonesia, Sunda, Inggeris dan Arab.[2] Dia bekerja sebagai guru peribadi sederum menguruskan ma'had tahfidz Al Qur'an Al Fatah.
Kerjaya
2010-2012
Husein Gaza menyampaikan salam perpisahannya kepada orang tua, saudara-saudara dan murid-muridnya sebelum pergi merantau bersama perarakan solidariti 'Asia to Gaza'. Perjalanan yang panjang dan penuh cabaran, melewati beberapa negara. Selepas Husein Gaza tiba di Lapangan Terbang Damsyik. Mereka meneruskan dengan berlayar menaiki kapal laut dari Pelabuhan Lataqiya menuju Pelabuhan Al Arish, di tengah pelayaran mereka dikepung oleh tentera Israel. Husein Gaza sempat berbisik dalam hatinya, "jangan-sampai Tragedi Mavi Marmara berulang kembali."[3] Selama 4 hari lamanya, kapal itu tidak dapat bersandar di pelabuhan.
Selepas tiba di Gaza, beliau menyertai kumpulan aktivis NGO bernama MERC-C. Husein Gaza diperkenalkan dengan keadaan tempatan oleh tiga voluntir Indonesia yang datang lebih awal. Mereka bertiga juga sahabat paling dekatnya. Abdillah Onim dari Maluku, Muqarrobin Al-Fikri dan Nur Ikhwan Abadi. Mereka berkhidmat untuk mengawasi projek penubuhan Hospital Indonesia di Gaza. Muhammad Husein kemudian bermastautin di Bandar Az-Zahra, bahagian tengah wilayah Genting Gaza dan meneruskan pendidikannya di kepujian syariah Universiti Islam Gaza.
Pada tahun-tahun ini, Muhammad Husein mulai mengenal YouTube. Laman web dengan teknologi baharu yang mana pengguna telah berdaftar boleh berkongsi dan memuat naik/turun video. Dia membuat akaunnya dengan nama Muhammad Husein Gaza. Gaza sendiri ialah nama/sempena nisbat (istilah penamaan dalam bahasa Arab) ke wilayah tempat ia mastautin. Video-video buatan awalnya perlahan menjadi popular di Palestin dan Indonesia.
2013-2022
Muhammad Husein Gaza ialah salah satu daripada generasi awal penggiat YouTube Indonesia yang memiliki subscribers berjumlah besar seperti Norman Kamaru dan Bayu Skak. Salah satu genre video yang paling disukai ketika itu ialah vlog atau vlogging. Beliau menceritakan kesehariannya di Bandar Az-Zahra atau melancong ke tempat-tempat lain di Gaza seperti pada video yang ia buat pada tahun 2016. Ketika itu beliau membuat video mengenai tanah jirat/perkuburan tentera British di Gaza. Selain vlog, dia membuat banyak video pengajian agama Islam dan menjelaskan keadaan politik baharu di Gaza (Hamas, Fatah dan lainnya). Jumlah subscribersnya sampai 100 ribu pada akhir 2013-awal 2014 dan 1 juta pada akhir 2017.
Beliau secara aktif menuliskan keadaan baharu di Gaza yang dikepung selama bertahun-tahun lamanya dalam beberapa media akhbar. Pada 2015, dia sempat pulang ke Indonesia. Kedatangannya disambut penuh kemeriahan oleh penduduk Kampung Cileungsi dan sekitarnya. Muhammad Husein Gaza ialah wira mereka. Beliau secara rasmi mengenalkan seorang perempuan yang menjadi belahan jiwanya kepada kedua orang tuanya. Husein Gaza dan Jinan Adjie tampil di beberapa program TV sebelum kembali meneruskan kerjaya mereka di Gaza.
Pada awal tahun 2019, Muhammad Husein Gaza dan ACT Yogyakarta berkongsi untuk menggalakan roadshow derma untuk Palestin.[4] Pada hari ketiga, wang untuk derma telah terkumpul hampir 1 bilion rupiah. Pada akhir tahun 2023, Muhammad Husein Gaza dengan tegas menolak untuk pulang selepas berlakunya Taufan Al-Aqsa dan memutuskan untuk tetap bermastautin di Gaza.[5]
2024
Pada pertengahan bulan November, Husein Gaza bersetuju dengan bujuk rayu pentadbir Indonesia untuk kembali ke kampung halamannya. Beliau adalah warganegara Indonesia yang terakhir mendapat evakuasi.[6][7] Pada 2024, Husein Gaza diundang dalam podcast Deddy Corbuzier Close the Door. Video percakapan keduanya di YouTube telah ditonton hampir 2.5 juta.[8]
Kehidupan peribadi
Muhammad Husein Gaza membesar dalam kehidupan Pondok Pesantren Al-Fatah, Kecamatan Cileungsi, Kabupaten Bogor, Provinsi Jawa Barat. Dia meneruskan pendidikan tinggi dan mendapatkan gelar associate di STAI Al-Fatah. Dia kemudian menamatkan kepujiannya untuk gelar sarjana muda dan sarjana di Universiti Islam Gaza. Muhammad Husein Gaza memiliki dua orang putera dari perkahwinannya dengan Jinan Adjie Muslim. Ramadhan Abu Jazar dan Waleed Abu Jazar.[9][10]
Rujukan
- ^ "Harian Haluan Kepri". Harian Haluan Kepri (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-12-22.
- ^ "Gaza serasa kampung halaman". www.aa.com.tr. Dicapai pada 2024-12-21.
- ^ Jamilah, Shobariyah; Ibrahim, Imtenan (2015-07-06). "MENGUKIR CINTA DI BUMI JIHAD PALESTINA". Minanews.net (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-12-22.
- ^ "Syeikh Husein Gaza Kumpulkan Donasi Rp650 Juta untuk Bantu Palestina". SINDOnews Nasional (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-12-22.
- ^ "Muhammad Husein WNI yang Terjebak di Gaza Sudah Sempat Berpesan Ingin Syahid di Palestina, Keluarga: Di Sana Tiap Detik Taruhan Nyawa". hot.grid.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-12-22.
- ^ Salam, Handi (2023-11-17). "Cerita Warga Bogor Berhasil Keluar dari Gaza Palestina Setelah 12 Tahun Menetap | Radar Sukabumi" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-12-22.
- ^ "WNI Husein Gaza Berhasil Dievakuasi ke Mesir, Sempat Terganjal Rumitnya Pengurusan Administrasi". Bangkapos.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-12-22.
- ^ "Aksi Keji Israel Curi Kulit Jenazah Palestina untuk Dijual, Benarkah?". Jatim TIMES (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-12-22.
- ^ Hidayati, Anisa Nabilah. "Ramadhan Abu Jazar akan Membawa Semangat Anak Gaza di Kotamu! Membentuk Generasi Pejuang - Jambi Line". Ramadhan Abu Jazar akan Membawa Semangat Anak Gaza di Kotamu! Membentuk Generasi Pejuang - Jambi Line (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-12-21.
- ^ Humas (Hubungan Masyarakat) (2024-09-07). "Aktivis Palestina, Husein Gaza Kunjungi PMDG". Pondok Modern Darussalam Gontor (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-12-21.