Muhaimin Iskandar | |
---|---|
Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat | |
Menyandang jawatan 1 Oktober 2019 Berkhidmat with 3 yang lain | |
Pengerusi | Puan Maharani |
Dalam jawatan 26 Oktober 1999 – 1 Oktober 2009 | |
Speaker |
|
Timbalan Speaker Majlis Musyawarah Rakyat | |
Dalam jawatan 26 Mac 2018 – 1 Oktober 2019 Berkhidmat with 6 yang lain | |
Speaker | Zulkifli Hasan |
Pengerusi Partai Kebangkitan Bangsa | |
Menyandang jawatan 18 April 2005 | |
Didahului oleh | Alwi Shihab |
Ahli Dewan Perwakilan Rakyat | |
Menyandang jawatan 2 Oktober 2014 | |
Kawasan pilihan raya | Jawa Timur |
Dalam jawatan 1 Oktober 1999 – 22 Oktober 2009 | |
Digantikan oleh | Imam Nahrawi |
Kawasan pilihan raya | Jawa Timur |
Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi | |
Dalam jawatan 22 Oktober 2009 – 1 Oktober 2014 | |
Presiden | Susilo Bambang Yudhoyono |
Didahului oleh | Erman Soeparno |
Digantikan oleh | Hanif Dhakiri |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Jombang, Jawa Timur, Indonesia | 24 September 1966
Kewarganegaraan | Indonesia |
Parti politik | Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) |
Pasangan | Rustini Murtadho |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universitas Gadjah Mada University Universitas Indonesia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Tandatangan | |
Laman web | cakimin |
Abdul Muhaimin Iskandar (lahir 24 September 1966), biasa disingkatkan kepada Muhaimin Iskandar, juga digelar dengan Cak Imin atau Gus Imin, ialah seorang ahli politik Indonesia yang berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Dewan Perwakilan Rakyat sejak 2019, dan pengerusi Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) sejak 2005. Beliau juga pernah menjadi Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi dari 2009 hingga 2014 dalam kabinet Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Dilahirkan di Jombang, Jawa Timur[1], beliau telah dididik di Universiti Gadjah Mada dan Universiti Indonesia. Beliau memasuki politik semasa lewat 1990-an. Beliau terpilih sebagai ahli Dewan Perwakilan Rakyat pada 1999, sebagai anggota Parti Kebangkitan Bangsa (PKB). Beliau rapat dengan presiden dan pengasas PKB, Abdurrahman Wahid, dan terpilih sebagai pengerusi PKB pada 2005.
Selepas bekerja dalam pelbagai pertubuhan, karier politik beliau bermula apabila dipilih menyertai dan menjadi timbalan pengerusi Dewan Perwakilan Rakyat pada 1999 hingga 2009. Beliau juga kemudiannya berkhidmat sebagai Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi dari 2009 hingga 2014[2] dalam kabinet Presiden Susilo Bambang Yudhoyono. Beliau telah dipilih sebagai anggota DPR sebanyak empat kali, walaupun hanya berkhidmat penuh tiga penggal.
Rujukan
- ^ Budianto, Enggran Eko. "Keluarga di Jombang Juga Terkejut Cak Imin Akhirnya Duet dengan Anies". detikjatim (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-09-02.
- ^ Jalil, Abdul (2023-09-01). "KPK Akan Periksa Mantan Menaker Muhaimin Iskandar". Aktual.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-09-02.