Mufti Besar Arab Saudi Ketua Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan Arab Saudi | |
---|---|
مفتي عام المملكة العربية السعودية | |
Pejabat Mufti Besar Arab Saudi Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan Arab Saudi | |
Gelaran | Mufti Besar Syeikh |
Bidang kuasa | Arab Saudi |
Dilantik oleh | Raja Arab Saudi |
Tempoh jawatan | Tidak ditetapkan |
Penjawat sulung | Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh (1953-1969) |
Dibentuk | 1953 |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Mufti Besar Arab Saudi (Jawi: مفتي بسر عرب سعودي , Arab: مفتي عام المملكة العربية السعودية, rumi: Mufti ʿAām al-Mamlakah al-ʿArabiyyah al-Saʿudiyyah ) merupakan jawatan undang-undang dan agama Islam paling kanan dan berpengaruh di negara Arab Saudi. Pemegang jawatan ini dilantik oleh Raja Arab Saudi. Mufti Besar akan mengetuai Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan (sebelum ini dikenali sebagai Jawatankuasa Tetap Penyelidikan Islam dan Kefatwaan).
Mufti Besar Arab Saudi terkini ialah Syeikh Abdulaziz bin Abdullah Al al-Syeikh.
Peranan
Mufti Besar merupakan penguasa agama paling kanan di Arab Saudi. Beliau memainkan peranan penting dalam memberikan keputusan-keputusan agama (fatwa) mengenai hal ehwal hukum agama dan masyarakat.[1] Sistem kehakiman Arab Saudi juga menggunakan fatwa Mufti Besar sebagai sandaran perundangan.[2]
Sejarah
Jawatan ini diperkenalkan pada 1953 oleh Raja Abdul Aziz dengan melantik Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh.[3] Kebiasannya, jawatan ini diisi oleh anggota keluarga al-Syeikh seorang yang adil dalam menjalankan hukum fatwa.[4]
Mengikut faktanya, terdapat seorang Mufti Besar yang bukan dari keluarga al-Syeikh[5] Pada tahun 1969, Raja Faisal memansuhkan jawatan Mufti Besar dan menggantikannya dengan Kementerian Keadilan. Jawatan tersebut diperkenalkan semula dengan pelantikan Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz pada tahun 1993.[6] Mufti Besar Arab Saudi terkini ialah Syeikh Abdulaziz bin Abdullah Al al-Syeikh dilantik pada 1999 oleh Raja Fahd selepas kematian Syeikh Abdulaiz.
Senarai penyandang
No. | Penyandang | Tahun Khidmat | Raja memerintah |
---|---|---|---|
1 | Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh | 1953 - 1969 | Raja Saud bin Abdulaziz
Raja Faisal bin Abdulaziz |
2 | Jawatan dimansuhkan | 1969 - 1993 | Raja Faisal bin Abdulaziz
Raja Khalid bin Abdulaziz Raja Fahd bin Abdulaziz |
3 | Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz | 1993 - 1999 | Raja Fahd bin Abdulaziz |
4 | Abdulaziz bin Abdullah Al al-Syeikh | 1999 - kini | Raja Fahd bin Abdulaziz
Raja Abdullah bin Abdulaziz Raja Salman bin Abdulaziz |
Lihat juga
- Mufti
- Kementerian Hal Ehwal Agama
- Presidensi Umum Hal Ehwal Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi
- Undang-undang di Arab Saudi
Rujukan
- ^ Baamir, Abdulrahman Yahya (2010). Shari'a Law in Commercial and Banking Arbitration. m/s. 28. ISBN 9781409403777.
- ^ Baamir, Abdulrahman Yahya (2010). Shari'a Law in Commercial and Banking Arbitration. m/s. 29. ISBN 9781409403777.
- ^ Hatina, Meir (2008). Guardians of faith in modern times: ʻulamaʼ in the Middle East. m/s. 221. ISBN 978-90-04-16953-1. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Federal Research Division (2004). Saudi Arabia A Country Study. m/s. 232–233. ISBN 978-1-4191-4621-3. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ AbuKhalil, Asʻad (2004). The battle for Saudi Arabia: royalty, fundamentalism, and global power. m/s. 66. ISBN 978-1-58322-610-0.
- ^ Watson, Mark (2008). Prophets and princes: Saudi Arabia from Muhammad to the present. m/s. 328. ISBN 978-0-470-18257-4.