Moussa Traoré ߡߎߛߊ߫ ߕߙߊߥߟߋ߫ | |
---|---|
Dalam jawatan November 19, 1968 – March 26, 1991 | |
Didahului oleh | Modibo Keïta |
Digantikan oleh | Amadou Toumani Touré |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kayes, Sudan Perancis | 25 September 1936
Mati | 15 September 2020 Bamako, Mali[1] | (umur 83)
Kewarganegaraan | Mali |
Parti politik | Military (later UDPM) |
Pasangan | Mariam Traoré |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Mali |
Cabang/khidmat | Tentera Mali |
Tahun khidmat | 1960 - 1976 |
Pangkat | Mejar Jeneral |
Moussa Traoré (bahasa Maninka: ߡߎߛߊ߫ ߕߙߊߥߟߋ߫ Musa Trawle, 25 September 1936 - 15 September 2020) adalah seorang askar, ahli politik dan diktator yang juga sebagai Presiden Mali dari tahun 1968 hingga 1991. Sebagai seorang Leftenan, beliau mengetuai pemberontakan tentera menggulingkan Presiden Modibo Keïta pada tahun 1968.
Selepas beliau berkhidmat sebagai ketua negara (dengan pelabagai gelaran) dari 1968–1979, dan Presiden Mali dari tahun 1979 hingga 1991, beliau pula digulingkan oleh protes jalanan dan rampasan kuasa tentera. Beliau dihukum mati sebanyak dua kali pada tahun 1990an, tetapi akhirnya mendapat pengampunan dua kali dan dibebaskan pada tahun 2002. Semenjak dari itu beliau telah bersara dalam arena politik.
Awal hidup
Beliau anak kepada seorang askar jajahan Perancis keturunan Malinké.
Beliau mendapat pendidikan di maktab tentera Kati sebelum melanjutkan pelajaran di suatu akademi pegawai di Fréjus, Perancis[2] Beliau kembali ke Mali pada 1960 apabila negara tersebut mencapai kemerdekaan dari penjajahan Perancis.
Dalam kudeta 1968
Pada 19 November 1968, Moussa terlibat dalam suatu rampasan kuasa tentera yang menggulingkan pemerintahan [[sosialis) Modibo Keita. Beliau mengetuai badan baru yang mengambil alih di bawah nama Jawatankuasa Tentera Pembebasan Kebangsaan (du Comité militaire de libération nationale) sebelum kemudiannya bertindak menjawat kerusi Presiden Mali pada 19 Septembre 1969.[3][4]
Senja hidup
Beliau meninggal dunia di Bamako pada tahun 2020 pada usia 83 tahun.[5]
Rujukan
- ^ https://www.jeuneafrique.com/1044940/politique/mali-lancien-president-moussa-traore-est-decede/
- ^ "L'EFORTOM-EFORTDM". RFI (dalam bahasa Perancis). 9 Mac 2010. Dicapai pada 16 Jun 2020.
- ^ Daoudi, Mounia (30 Mei 2002). "L'ancien dictateur Moussa Traoré gracié". Radio France Internationale. Dicapai pada 30 April 2016.
- ^ Roger, Benjamin (25 Mac 2016). "Mali : retour sur le régime de Moussa Traoré en dix dates". Jeune Afrique. Dicapai pada 30 April 2016.
- ^ "Mali: l'ancien président Moussa Traoré est mort". Radio France Internationale (dalam bahasa Perancis). 15 September 2020.
- Sumber utama
- Pascal James Imperato. Traore, Gen. Moussa in Historical Dictionary of Mali, pp. 242–245. Scarecrow Press/ Metuchen. NJ - London (1986) ISBN 0810813696
- Moussa Traoré. (2008). In Encyclopædia Britannica. Retrieved October 24, 2008, from Encyclopædia Britannica Online.
- Lamine Diallo. Président Moussa Traoré 1968 - 1991 Diarkibkan 2012-02-12 di Wayback Machine. Anciens Présidents: Presidence de la Republique du Mali (Official Website of the Presidency of the Republic of Mali) 10 June 2003.