Mona Allen | |
---|---|
Kelahiran | Munna Hafiraneza binti Allen 28 Januari 1985 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model |
Tahun aktif | 1999–2001; 2016–kini |
Pasangan | Pekin Ibrahim (k. 2018) |
Anak-anak | 2 |
Munna Hafiraneza Allen (lahir 28 Januari 1985) atau lebih dikenali sebagai Mona Allen ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau berdarah campuran Melayu-Scotland. Beliau pernah menjadi hos program Sinaran Pasport Kegemilangan tahun 2000.[2] Beliau juga terkenal dengan watak Ramona dalam Monalisa dan juga watak antagonis iaitu Maria dalam Hati Yang Dikhianati.
Kerjaya
Mona memulakan kerjayanya pada 1999 dengan membintangi iklan Celcom, seterusnya menjadi pengacara rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3, namun meninggalkan bidang seni kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajarannya. Kejayaanya sebagai pelakon hadir menerusi watak sebagai Ramona dalam drama Monalisa lakonan bersama Zara Zya. Sebelum Monalisa, Mona telah membintangi beberapa drama TV termasuk Mr. Donat Karamel dan Cik Serba Tahu. Beliau membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem Manap Karaoke arahan Mamat Khalid di mana beliau berlakon di samping suaminya, Pekin Ibrahim.
Kehidupan peribadi
Mona dilahirkan pada 28 Januari 1986 di Pulau Pinang. Beliau mewarisi darah kacukan Scottish di sebelah ibunya kerana datuknya berbangsa British dari Scotland, Great Britain dan neneknya berketurunan Melayu. Beliau berkahwin dengan pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018.[3][4][5] Pasangan ini dikurniakan bayi lelaki yang dilahirkan pada 31 Ogos 2022, bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65.[6] Mona dan Pekin menamakan anak sulung mereka sebagai Petra Pekin.[7][8][9]
Kontroversi
Mona sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana beliau berpakaian seksi ketika berada di perkuburan semasa menjalani penggambaran drama Monalisa, sekaligus menerima kecaman daripada warganet. Dalam temuramah dengan Utusan Malaysia, beliau berkata: "Saya mendukung watak bernama Mona yang digambarkan sebagai gadis ego dan bongkak. Maka, itulah cara pemakaian yang ditetapkan demi menonjolkan watak saya. Tiada sedikit pun terniat untuk mempersendakan agama, apatah lagi sengaja berpakaian begitu. Apapun, saya mohon maaf jika mengguris perasaan banyak pihak".[10]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2020 | Manap Karaoke | Jamizan | Filem pertama |
2021 | Salina | Salina | |
Tarantula X | Shima | ||
2023 | Belang: The Silent Tiger | ||
2024 | SyurgaKu | Kejiranan | Filem pendek, penampilan khas |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Mr. Donat Karamel | Mimin | TV3 | Slot Lestary |
2017 | Cerita Dari Mastika | Astro Prima | Episod: “Rumah Atas Kubur” | |
Cik Serba Tahu | Maira | Astro Ria | Slot MegaDrama | |
Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah! | Nadine/Nilla | Hypp Sensasi | ||
Waris Kampung Semarah Padi | TV1 | |||
2018 | Monalisa | Ramona | Astro Prima | Slot Tiara |
Mencari Qiblat | Rose | TV3 | Slot Zehra | |
Seribu Rindu | Damia | Slot Akasia | ||
2019 | Dia Menantu Rahsia | Engku Kamelia | ||
Cinta Non Grata | Zatul | Slot Lestary | ||
Lara Syakila | Syakila | TV2 | ||
2020 | Kebaya Kasut Kanvas | Ratnasari | TV3 | Slot Drama Pukul 6 |
Leon Zalika | Anita | TV Okey | ||
Tanya Sama Pokok | Ramlah | Astro Warna | ||
2021 | Hati Yang Dikhianati | Maria | Astro Prima | Slot Tiara |
Love Elsa | Madam Qistina | Astro Ria | Slot MegaDrama | |
Dear Cinta | Linda | TV3 | ||
2022 | Jiwa Wanita | TV9 | Episod: “Pendatang Dengan Izin” | |
Kerana Hafsanya Setia | Delilah | TV1 | ||
Dia Bukan Bidadari | Nur Jannah | |||
2023 | Jangan Ambil Kerja Tuhan | TV2 | Episod: “Hukum” |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Joras Van Haji Murshid | Nana | Astro Warna |
2017 | Licin | TV1 | |
2018 | Kitab Sijjin | Siti | Astro Citra |
2019 | Jerat | Iris | TV3 |
2022 | SiberKACA | TV1 | |
Tanah Kubur: Fitnah Akhir Zaman | Khatijah | Astro Citra | |
Yang Soleh | TV2 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1999 | Sinaran Pasport Kegemilangan | Dirinya sendiri/pengacara | TV3 | |
2021 | Tok Kata | Artis Jemputan | Awesome TV | |
Kelana Pulau | Dirinya sendiri/pengacara | TV1 | Bersama Ana Dahlia | |
2023 | Mic ON! Selebriti | Peserta | Awesome TV |
Rujukan
- ^ Ifqdar Rahman (8 Mac 2018). "Mona Allen kembali selepas lebih 15 tahun". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-14. Dicapai pada 14 September 2018.
- ^ Norhayati Nordin (9 April 2018). "Cabaran watak antagonis". Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2018.
- ^ "Pekin Ibrahim dan Mona Allen selamat nikah". Sinar Harian. 7 Disember 2018. Dicapai pada 8 Disember 2018.
- ^ "Pekin Ibrahim dan Mona Allen sudah bernikah". Astro Awani. 7 Disember 2018. Dicapai pada 8 Disember 2018.
- ^ Najiy Jefri (7 Disember 2018). Tahniah Pekin dan Mona... Harian Metro. Dicapai pada 9 Disember 2018.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (31 Ogos 2022). "Mona, Pekin sambut 'bayi merdeka'". Berita Harian. Dicapai pada 3 September 2022.
- ^ Sairul Zamri Misrani (4 September 2022). "Anugerah terindah, Petra Pekin jadi pilihan". Kosmo!. Dicapai pada 5 September 2022.
- ^ Azma ML (2 September 2022). ""Dia Pekin sebenar." – Pilih nama Petra Pekin buat anak sulung, Mona Allen kongsi momen bersalin". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 12 September 2022.
- ^ ""Anugerah Terindah," - Petra Pekin Nama Anak Sulung Pekin Ibrahim & Mona Allen". Media Hiburan. 3 September 2022. Dicapai pada 12 September 2022.
- ^ Ifqdar Rahman (18 Mac 2018). "Berpakaian seksi di kubur, Mona Allen dikecam". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-03. Dicapai pada 1 April 2018.