- Rencana ini adalah mengenai pengasas Sufisme di India. Bagi guru Maharaja Mughal, Aurangzeb, sila lihat Moinuddin Chishti (Khuldabad).
Khwaja Moinuddin Chishti (Parsi: خواجہ معین الدین چشتی ) yang dilahirkan pada tahun 1141 dan meninggal dunia pada tahun 1230 dan juga dikenali sebagai Gharib Nawaz (Parsi: غریب نواز ), ialah wali sufi terkenal dalam Tarekat Chishti di Asia Selatan. Beliau dilahirkan di Sijistan, Khurasan (laporan lain menyatakan Isfahan).
Beliau merupakan salah seorang tokoh terkemuka dalam catatan sejarah kesufian Islam dan merupakan pengasas tarekat Chishti di India
Tumpuan pengunjung
Makam beliau menjadi tumpuan para pengikut tarekat ini. Beliau dikatakan menjadi penulis beberapa buku panduan agama. Pada bulan Jun khususnya, makam ini menjadi tumpuan ramai untuk mengingati sejarah dan sumbangan tokoh ini. Tarekat ini boleh ditemui di Malaysia seperti di Jenderam, Selangor.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Moinuddin Chishti |