Ezad Lazim | |
---|---|
Nama lahir | Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim |
Kelahiran | Alor Setar, Kedah, Malaysia | 30 November 1979
Genre | Pop Rock |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Instrumen | Vokal ▪︎ gitar |
Tahun aktif | 1993–kini |
Syarikat rakaman | Ada Exists Sdn Bhd Universal Music Malaysia MVM Production (2011-2018) Broadway NuMusic (2019) DATU Entertainment (2020) NAR Records (2021) |
Pengkarya berkait | Exists |
Laman sesawang | http://facebook.com/EzadLazimOfficial http://instagram.com/ezadlazim http://twitter.com/EzadLazim |
Pasangan | Nor Azeana Haji Ramli (k. 2013) |
Anak-anak | Puteri Rania Kiesha Putra Muhammad Darwish |
Ibu bapa | Mohd Lazim Ismail (bapa) Rosadah Jahaya (ibu) |
Mohd Rohaizad Mohd Lazim[1] atau lebih dikenali sebagai Ezad Lazim (lahir 30 November 1979) ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian sebagai vokalis untuk kumpulan Exists[2] menerusi album Diammu Gunung Berapi pada tahun 1995 menggantikan vokalis asalnya, Mamat yang mengundurkan diri pada tahun sebelumnya.
Pada tahun 2011, beliau telah menghasilkan album solo yang pertama yang berjudul Mengharap Bintang. Lagu hit dari album itu ialah Mengharap Bintang dan Percintaan Ini. Album ini telah melonjakkan kembali namanya dalam industri muzik tanah air selepas beliau meninggalkan kumpulan Exists pada tahun 2007.
Keluarga
Ezad telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan keluarganya, Nor Azeana Haji Ramli pada 30 Mac 2013, tepat jam 10:40 pagi. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Puteri Rania Kiesha dan Putera Muhammad Darwish.
Ezad juga mempunyai seorang anak saudara yang turut mengikut jejak langkahnya dalam industri muzik bernama Mohd Rozaimi Rosli atau lebih dikenali sebagai Along Zaimi. Bakat Along dicungkil menerusi program realiti anjuran TV3 iaitu Mentor Milenia pada tahun 2017. Along juga telah menamatkan pengajian dalam Diploma Muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Diskografi
Album solo
- Mengharap Bintang (2011)
Single
- Solo
Tahun | Judul | Album | Catatan |
---|---|---|---|
2002 | "Renyai Di Hati" | Single | |
2006 | "Kau Yang Terpaling Ku Cinta" | ||
2010 | "Bertemu Cintaku" | ||
"Mengharap Bintang" | Mengharap Bintang | ||
2012 | "Percintaan Ini" | ||
2013 | "Kerana Kamu" | Single | |
2016 | "Demi Cinta" | OST Umairah | |
2017 | "Kuasa Cinta" | ||
2018 | "Kesetiaan Cinta" | ||
2019 | "Luahan Cintaku" | ||
2020 | "Leka" | ||
2021 | "Jarak Waktu" | ||
2022 | "Bidadari" |
- Duet/Kolaborasi
Tahun | Judul | Artis duet | Album |
---|---|---|---|
1999 | "Andang Cintaku Menyala" | Safura Ya'cob | Single |
2000 | "Dua Insan" | Iva | |
2015 | "Hati Mati" | RJ | |
"Cinta Terakhir" | W.A.R.I.S | ||
2018 | Anak Merdeka | Artis MVM MUSIC | |
2019 | "Lima Aksara" | Zamani | |
2019 | "Gelora Rindu" | Idayu | |
2020 | "Sampai Syurga' | Idayu | |
2021 | "Celup" | Red Rahimad | |
Tasbih Bergema Dihari Raya | Muniff Hijjaz | ||
"Terus" | Simfoni | ||
Lagu Rasmi Hari Sukan Negara 2021 | Ewal (Kristal), Sarah Suhairi | ||
2022 | "Meski" | Nana Karia | |
2022 | "Mengintai Dari Tirai Kamar" | Amsyar Lee | |
2023 | "Akira" | Salma Asis | |
2023 | "Kasihku Abadi" | In-Team |
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2002 | Mami Jarum | Ezad | Filem pertama |
2003 | Mistik | Hakim | |
Mami Jarum Junior | Ezad | ||
2004 | Tangkai Jering | Hashim |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Tak Sangka No! | |||
2016 | Veteran Rock | Latiff | TV9 | |
Kecoh Mami Jarum Beraya | ||||
2021 | Kuba Guling Karipap Pusing! | Awesome TV | ||
Balik Ke Idak ? | Astro Ria |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | 7 Hari Mencintaiku 3 | Husin | TV3 | |
Misi Anak Bulan | Rosli | TV9 |
Lagu Hasil Ciptaan
Dari Album EXISTS
Tahun | Album | Tajuk Lagu | Komposer | Lirik |
---|---|---|---|---|
1995 | Diammu Gunung Berapi | Dalam Kenangan | Ezad | Eta |
1997 | Jangan Gentar | Larilah Larilah | Ezad, Ujang, Along, Mus | Kristo Bimbo |
Cari Beli Pinjam Api | Ezad, Ujang, Along, Mus | Kristo Bimbo | ||
1998 | Mutan | Hero (Siapa Dia...?) | Along, Ezad, Musa, Ujang | Roshi Lee |
2001 | Ada | Kau Akan Pulang | Ezad | Musrad |
Konklusi | Exists | Musrad | ||
Frustasi | Ezad | Musrad, Tembakau |
Artis lain
NAMA ARTIS | TAHUN | TAJUK LAGU | SEBAGAI |
---|---|---|---|
New Boyz | 1999 | Masih ada cinta | Komposer |
Gegar Vaganza 2015
Ezad Lazim merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza 2 pada tahun 2015. Berikut persembahan beliau sewaktu bertanding didalam Gegar Vaganza;
Konsert | Tema | Tugasan Lagu | Ked. |
---|---|---|---|
Minggu 1 | Kembali Menyengat | "Mengintai Dari Tirai Kamar" nyanyian Exists | 1 |
Minggu 2 | Aku Dan Lagu | "Butakah Cinta" nyanyian Spring | 3 |
Minggu 3 | Ada Bran? | "Mengerti" nyanyian KRU | 8 |
Minggu 4 | Duet | "Di Sebalik Rahsia Cinta" nyanyian Metropolitan (duet Adira) | 9 |
Minggu 5 | Hits Vaganza | "Gerhana Cinta Luka" nyanyian Iklim | 3 |
Minggu 6 | Kenangan Terindah | "Cinta Melankolia" nyanyian Aan | 2 |
Minggu Suku Akhir | Rockdut (Rock + Dangdut) | "Nakal" nyanyian Gigi | 5 |
Minggu Separuh Akhir | Karok Tarik | "Tiada Lagi Kidungmu" nyanyian Lefthanded | 3 |
Minggu Akhir | Solo | "Nur Nilam Sari" nyanyian Search & Awie (solo) | Tempat Ketiga |
Battle | "Apa Khabar" nyanyian Joe Flizzow & SonaOne (battle Haiza) |
All Stars Gegar Vaganza 2023
Ezad terpilih menyertai All Stars Gegar Vaganza (2023) melalui Hot Seat All Stars Gegar Vaganza anjuran Astro. Pada pengenalan peserta dan minggu pertama, Ezad membawakan single Slam iaitu lagu Kembali Terjalin.
Persembahan dan keputusan All Stars Gegar Vaganza (musim 10) | ||||
---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
Minggu 1 | Kembali Menyengat | Kembali Terjalin | Slam | Ke-9 |
Minggu 2 | Nyanyi Ikut Tekak Sendiri | Potret | Akim & The Majistret | Akan Dikemaskini |
Pencapaian
Tahun | Acara | Keputusan | Catatan |
---|---|---|---|
2015 | Gegar Vaganza 2 | Menang | Pemenang tempat ketiga. |
2016 | Maharaja Lawak Mega 2016 | Tersingkir | Tempat ke-10 bersama Kumpulan BOS. |
2019 | Muzikal Lawak Superstar | Menang | Juara bersama Kumpulan Heart. |
Rujukan
- ^ "Mahu dikenali Ezad Lazim". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-20. Dicapai pada 2015-10-27.
- ^ Rezeki Exist selepas berpecah