Mej Jen Dato’ Hj Mohd Halim Khalid | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Halim Khalid |
Warganegara | ![]() |
Pekerjaan | Tentera - Mejar Jeneral |
Tahun aktif | 1982-2022 |
Majikan | ![]() |
Terkenal kerana | Penerima pingat Panglima Gagah Berani |
Pangkat | Mejar Jeneral |
Mej Jen Dato’ Hj Mohd Halim Khalid adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Kampung Simpang Pulai, Ipoh, Perak. Beliau telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani pada 2 Oktober 1994 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan puak militia ketika memberi kawalan keselamatan di Mahkamah Awan di Old Port, Mogadishu, Somalia.
Pada 27 Sep 1993, Platun 4 Kompeni B 19 RAMD(Mek) yang diketuai oleh Kapt Halim Khalid iaitu Penolong Ketua Kompeni B ditugaskan untuk memberi kawalan keselamatan di Mahkamah Awan di Old Port, Mogadishu, Somalia.
Semasa melaksanakan tugas ini, Platun 4 diserang oleh militia yang bersenjatakan RPG, senjata automatik, repal dan grenad. Kapt Halim memperlihatkan semangat keberaniaan yang luar biasa dengan mengarahkan anggota-anggotanya membalas tembakan dan bertempur dengan puak militia.
Semangat juang yang ditunjukkan menyebabkan puak militia mengurangkan serangan dan Platun 4 berjaya menyelamatkan tiga orang hakim Somalia dari menjadi korban puak militia. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 2 Okt 1994
Rujukan
- Keberanian Dan Pengorbanan Diarkibkan 2014-03-28 di Wayback Machine