Rencana ini kebanyakannya atau keseluruhannya bergantung kepada satu sumber. |
Mohammad Yamin | |
---|---|
Menteri Pendidikan ke-14 | |
Dalam jawatan 6 March 1962 – 17 October 1962 | |
Presiden | Sukarno |
Didahului oleh | Maladi |
Digantikan oleh | Roeslan Abdulgani |
Menteri Pendidikan Nasional Indonesia 8th | |
Dalam jawatan 30 July 1953 – 12 August 1955 | |
Presiden | Soekarno |
Didahului oleh | Bahder Djohan |
Digantikan oleh | R.M. Suwandi |
Menteri Hukum Indonesia ke-6 | |
Dalam jawatan 27 April 1951 – 3 April 1952 | |
Presiden | Soekarno |
Didahului oleh | Wongsonegoro |
Digantikan oleh | Lukman Wiriadinata |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Menteri Penerangan Indonesia 24 Ogos 1903 Sawahlunto, Sumatera Barat, Hindia Timur Belanda |
Mati | 17 Oktober 1962 Jakarta, Indonesia | (umur 59)
Tempat semadi | Menteri Penerangan Indonesia Menteri Pendidikan dan Budaya Indonesia |
Kewarganegaraan | Indonesia |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Prof. Mohammad Yamin (24 Ogos 1903 – 17 Oktober 1962) ialah seorang ahli sejarah, pemuisi, penulis drama, dan ahli Parti Murba sayap kiri Minangkabau, serta juga pahlawan nasional Indonesia. Beliau merupakan salah seorang perintis puisi moden di Indonesia.
Peranan beliau dalam memupuk "pendidikan nasional" dipercayai merupakan pencetus "pencipta mitos" yang utama kepada Presiden Sukarno.
Awal hidup
Mohammad Yamin dilahirkan di Talawi, Sawahlunto pada 23 Ogos 1903, beliau anak i pasangan Usman Baginda Khatib dan Siti Saadah yang masing-masing berasal dari Sawahlunto dan Padang Panjang. Ayahnya memiliki enam belas anak dari lima istri, yang hampir keseluruhannya kelak menjadi intelektual yang berpengaruh. Saudara-saudara Yamin antara lain: Muhammad Yaman, seorang pendidik; Djamaluddin Adinegoro, seorang wartawan terkemuka; dan Ramana Usman, pelopor korps diplomatik Indonesia. Selain itu sepupunya, Mohammad Amir, juga merupakan tokoh pergerakan kemerdekaan Indonesia.
Yamin mendapatkan pendidikan dasarnya di Hollandsch-Inlandsche School (HIS) Palembang, kemudian melanjutkannya ke Algemeene Middelbare School (AMS) Yogyakarta. Di AMS Yogyakarta, beliau mulai mempelajari sejarah purbakala dan berbagai bahasa seperti bahasa-bahasa Yunani, Latin, dan Kawi. Namun, niat untuk melanjutkan pendidikan ke Leiden, Belanda setelah penamatan pengajiannya terpaksa diurungnya dikerana meninggaldunianya ayahnya. Beliau kemudian menjalani kuliah di Rechtshoogeschool te Batavia (Sekolah Tinggi Hukum di Jakarta, yang kelak menjadi Fakultas Hukum Universitas Indonesia), dan berhasil memperoleh gelar Meester in de Rechten (Sarjana Undang-Undang) pada tahun 1932.
Kerjaya kesusasteraan
Yamin memulakan kerjayanya sebagai seorang penulis pada dekad 1920-an semasa dunia puisi serata kepulauan Indonesia mengalami pengaruh romantisisme yang hebat dan terkenang-kenang. Karya-karya pertamanya ditulis dalam bahasa Melayu dalam jurnal Jong Sumatera, sebuah jurnal bahasa Belanda, pada tahun 1920. Karya-karyanya yang awal masih terikat kepada "kata-kata-kata basi bahasa Melayu Klasik".
Pada tahun 1922, Yamin muncul buat pertama kali sebagai pemuisi dengan puisinya, Tanah Air; maksud "tanah air"-nya ialah Sumatera. Tanah Air merupakan himpunan puisi moden Melayu yang pertama yang pernah diterbitkan. Sitti Nurbaya, novel moden utama yang pertama dalam bahasa Melayu juga muncul pada tahun yang sama, tetapi ditulis oleh Marah Riessli yang juga merupakan seorang anak Minangkabau. Karya-karya Rusli mengalami sepuluh tahun kepopularan yang unggul.
Himpunan Yamin yang kedua, Tumpah Darahku, muncul pada 28 Oktober 1928. Tarikhnya amat penting dari segi sejarah kerana pada waktu itulah, Yamin dan beberapa orang pejuang kebangsaan memutuskan untuk menghormati satu tanah air, satu bangsa, dan satu bahasa Indonesia yang tunggal. Dramanya, Ken Arok dan Ken Dedes yang berdasarkan sejarah Jawa muncul juga pada tahun yang sama. Antara akhir dekad 1920-an sehingga tahun 1933, Roestam Effendi, Sanusi Pane, dan Sutan Takdir Alisjahbana merupakan pembentuk-pembentuk utama bahasa Melayu dan kesusasteraannya.
Walaupun Yamin menguji kaji bahasa dalam puisi-puisinya, beliau masih lebih menepati norma-norma klasik bahasa Melayu, berbanding dengan generasi-generasi penulis yang lebih muda. Beliau juga menerbitkan banyak drama, esei, novel sejarah dan puisi yang lain, serta juga menterjemahkan karya-karya William Shakespeare (drama Julius Caesar) dan Rabindranath Tagore.
Kerjaya politik
Pada tahun 1932, Yamin memperoleh ijazahnya dalam bidang undang-undang di Jakarta. Beliau kemudian bekerja dalam bidang undang-undang antarabangsa di Jakarta sehingga tahun 1942. Kerjaya politiknya bermula awal dan beliau giat dalam gerakan-gerakan nasionalis. Pada tahun 1928, Kongres Pemuda II mengisytiharkan bahasa Melayu, kini dikenali sebagai bahasa Indonesia, sebagai bahasa gerakan nasionalis Indonesia. Melalui pertubuhan Indonesia Muda, Yamin mendesak supaya bahasa Indonesia dijadikan asas untuk sebuah bahasa kebangsaan. Oleh itu, bahasa Indonesia menjadi bahasa rasmi serta alat utama dalam kesusasteraan inovatif.
Semasa pendudukan Jepun antara tahun 1942 dan 1945, Yamin bertugas dengan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA), sebuah gabungan pertubuhan nasionalis yang disokong oleh pemerintah Jepun. Pada tahun 1945, beliau mencadangkan bahawa sebuah Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI) diasaskan serta juga bahawa negara yang baru harus merangkumi Sarawak, Sabah, Tanah Melayu, Timor Portugis, serta juga kesemua wilayah Hindia Belanda. Sukarno menjadi presiden Republik Indonesia yang pertama pada tahun 1945, dan Yamin dilantik untuk jawatan-jawatan yang penting dalam pentadbirannya.
Senja hidup
Yamin meninggal dunia di Jakarta dan dikebumikan di Talawi, sebuah kota kecamatan yang terletak 20 kilometer dari ibu kota Kabupaten Sawahlunto, Sumatera Barat.
Lihat juga
Rujukan
Didahului oleh: Bahder Djohan |
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan 1953 - 1955 |
Digantikan oleh: RM Suwandi |
{{#switch:||Kategori=