Sahibul Fadhilah Dato' Sheikh Haji Mohamah Nor bin Mansor | |
---|---|
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak | |
Dalam jawatan 1 Januari 2009 – 31 Disember 2010 | |
Didahului oleh | Jamry Sury |
Digantikan oleh | Mohd Yusop Husin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Sungai Keli, Hutan Melintang, Perak | 10 Januari 1950
Pasangan | Fauziah Ismail |
Kediaman | Taman Meru, Ipoh |
Mohamah Nor bin Mansor ialah agamawan Islam dari Perak, Malaysia. Beliau pernah memegang beberapa jawatan berkaitan agama Islam di Perak dan Malaysia, seperti pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), pengerusi Persatuan Ulama Malaysia cawangan Perak dan pengerusi Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri Malaysia (Lajnah Tashih al-Quran).
Kerjaya
Mohamah Nor memulakan kerjaya sebagai Imam Besar Masjid Negeri Perak pada tahun 1981. Pada 1987, beliau telah dilantik sebagai Ketua Unit Kariah, Jabatan Agama Islam Perak. Beliau kemudian telah dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid pada 1990 sehingga 2004 dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah pada 2005. Pada 2009, beliau telah dilantik Pengarah Jabatan Agama Islam Perak menggantikan Dato' Jamry Sury.[1]
Pertubuhan bukan kerajaa
Mohamah Nor aktif dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam. Antara jawatan yang disandangnya kini ialah Ahli Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak, Yang Dipertua Persekutuan Seruan Islam Perak, Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Negeri Perak, Pengerusi Yayasan Ad-Din Negeri Perak dan Pengerusi Koperasi Masjid Negeri Perak Berhad (KOMAS).[2]
Pendirian
Menyekat buku Kassim Ahmad
Pada 3 Julai 1986, Sheikh Mohamah Nor Mansor mengingatkan bahawa pengharaman buku tulisan Kassim Ahmad - 'Hadis : Satu Penilaian Semula' tidak sahaja dilarang kepada orang Islam tetapi juga kepada bukan Islam. Mereka yang melanggar Undang-Undang Agama Islam Perak boleh dipenjara selama rnam bulan atau didenda RM500. Buku ini menjejaskan kepercayaan umat Islam terutama kanak-kanak dan kerajaan sepatutnya mengharamkan buku ini.[3]
Menyekat al Arqam
Pada 1994, Dato' Sheikh Mohamah Nor Mansor menyeru keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkan kegiatan Al Arqam.Kajian mendalam telah dilakukan terhadap kepercayaan pengikut Asaari Muhammad terhadap Sheikh Muhammad Abdullah al-Suhaimi yang dipercayai masih hidup dan akan muncul bersama Imam Mahdi.[4]
Amalan takbir
Pada 16 Februari 2009, Pengarah JAIPk Dato' Sheikh Mohamah Nor Mansor mengingatkan para penyokong parti politik yang beragama Islam supaya tidak membudayakan amalan bertakbir dan menyebut nama Allah terutama untuk mengalu-alu kehadiran dan memperbesarkan individu tertentu terutama pemimpin bukan beragama Islam.Takbir sepatutnya dilafaz atau dilaungkan untuk membesarkan keesaan Allah SWT. Takbir bukan satu slogan tetapi untuk membesarkan Allah.[5]
Politik
Mohamah Nor pernah bertanding dalam pilihan raya negeri Perak 1986 mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS).[6]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Nama | Undi | Lawan | Undi | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | Belanja | Syeikh Mohd Nor B Mansor Al-Hafiz (PAS) | 4,868 | Zainab Bt Hj Ibrahim (UMNO) | 5,950 | 11,191 | 1,082 | 69.15% |
Anugerah
Darjah kebesaran
Perak
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) - Dato' (2006)
Anugerah ketokohan
Rujukan
- ^ "Dato Sheikh Mohamah Nor dilantik". www.maiamp.gov.my. Dicapai pada 2025-04-17.
- ^ a b "Pegawai MAIPk Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak". www.maiamp.gov.my. Dicapai pada 2025-04-17.
- ^ New Straits Times - Jul 3, 1986,
- ^ New Straits Times - Aug 6, 1994 ,Decision to ban group get support from States
- ^ Masjid di Perak diingat jangan jadi medan politik
- ^ Cikgulin, Labun (2017-04-23). "Labun Cikgu Lin: KEPUTUSAN PRU DUN PERAK 1986". Labun Cikgu Lin. Dicapai pada 2025-04-17.