Datuk Mohamad Yassin Bakar (1939-2010) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Gemas selama empat penggal (1986-2004) dan mantan Pengerusi Tetap UMNO Tampin.
Datuk Mohamad Yassin Bakar | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk Gemas | |
Dalam jawatan 1986–2004 | |
Digantikan oleh | Jamlus Aziz |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1939 |
Mati | 1 Julai 2010 (71 tahun) Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Kampung Londah, Gemas, Tampin |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Beliau (71) meninggal dunia pada 1 Julai 2010 akibat radang paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pemeriksaan doktor di Institut Jantung Negara (IJN) mendapati Mohamad Yassin tiada masalah jantung. Jenazah dibawa ke Taman Sentosa, Gemas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Londah, Gemas.
Beliau meninggalkan isteri Datin Zauyah Mohamed, 63, dan tujuh orang anak, seorang lelaki dan enam perempuan berumur antara 21 dan 44 tahun. dan 7 orang cucu. [1]