Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat merupakan calon Gerakan Tanah Air (GTA) bertanding bagi kerusi Parlimen P9-ALOR SETAR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.[1] Beliau menggariskan lima tawaran ‘Alor Setar di hatiku' untuk mengubah wajah bandar raya ini sekiranya diberikan mandat sebagai wakil rakyat dalam PRU15.[2] Bagaimanapun, beliau akhirnya kalah.[3]
Mohamad Nuhairi pernah menjadi Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Alor Setar (September 2018-Mac 2020) dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ke-7, Mahathir Mohamad (September 2018-Mac 2020).[1] Beliau juga ialah cucu saudara kepada Mahathir.[4]
Kini Beliau merupakan Ahli Majlis Eksekutif Pusat Parti Pejuang Tanah Air (Julai 2021-kini).[1] Mohamad Nuhairi adalah seorang ahli perniagaan selama lebih 20 tahun.[4]
Rujukan
- ^ a b c "Keputusan | Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-15". PRU @ Sinar Harian.
- ^ HASHIM, ROSLINDA (2022-11-18). "PRU15: Nuhairi tawar ubah wajah 'Alor Setar di hatiku'". Sinar Harian.
- ^ "KEPUTUSAN RASMI PRU15". Berita Harian. 2022-11-19.
- ^ a b Rahman, Noorazura Abdul (2022-11-04). "PRU-15: Cucu saudara Tun M bertanding di Alor Setar". Harian Metro.