Senator Tan Sri Dato' Haji Mohamad Fatmi Che Salleh PSM; DJMK (Kelantan); DMSM (Melaka) | |
---|---|
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Menyandang jawatan 25 April 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohamad Fatmi bin Che Salleh 12 April 1957 Kota Bharu, Kelantan, Malaya |
Parti politik | UMNO |
Pasangan | Puan Sri Hajah Norsiah binti Haji Musa |
Anak | 6 (termasuk Fikhran Hamshi) |
Kediaman | Kota Bharu, Kelantan, Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
YB Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh adalah salah seorang pegawai yang paling lama berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia kepada Mohd Najib Abdul Razak[1][2]. Di peringkat parti beliau ialah Timbalan Pengerusi UMNO Kelantan dan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu.
Pendidikan
Mohamad Fatmi mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail (1), Kota Bharu dan pendidikan menengah di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan mendapat ijazah Sarjana Muda Sains Pemasaran dari Southern Illinois University, Carbondale, Illinois, dan kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dengan Master of Business Administration (MBA) Finance dari Tulane University, New Orleans, Louisiana pada tahun 1981.
Berketurunan peranakan Cina-Melayu
Fatmi datang dari keturunan Cina Islam. Moyang beliau (Abdul Halim) datang dari China dan diterima oleh Sultan Kelantan .Kemudian Moyang beliau telah dihantar ke Mekah untuk belajar agama Islam dan kembali sebagai seorang ulama agama. Beliau diterima baik di kalangan masyarakat Cina dan Melayu di Kelantan kerana persona dan kesopanan beliau.[3].
UMNO Bahagian Kota Bharu
Mohamad Fatmi telah dipilih sebagai Ketua UMNO yang baru bagi Bahagian Kota Bharu. Sebelum ini, jawatan tersebut dipegang oleh seorang Ahli Politik terkenal dan juga bekas ahli UMNO, Menteri Undang-Undang dan bekas ahli Pakatan Rakyat, Datuk Seri Zaid Ibrahim.[4].
Mengiringi Sultan Kelantan
Mohammed Fatmi adalah salah seorang yang mengiringi rombongan Sultan Kelantan semasa ziarah Sultan ke Tanah Suci Mekah dari 10 November 2010 hingga 23 November 2010. Antara lain dalam rombongan itu Menteri Besar Kelantan Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa Persekutuan dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.
Anugerah dan pengiktirafan
Mohamad Fatmi telah dianugerahkan gelaran Datuk selepas menerima Darjah Mulia Seri Melaka daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka pada tahun 1994. Beliau juga menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Dato' daripada Sultan Kelantan pada tahun 2006 dan Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2016.[5]
Rujukan
- ^ Derma ikhlas bukan rasuah kerana tiada pulangan dijanjikan - Mohd Fatmi
- ^ (Inggeris) MALAYSIA DECIDES 2008, The Star online.
- ^ (Inggeris) Fatmi is proud of Chinese heritage, By ROYCE CHEAH, The Star online.
- ^ (Inggeris) Two new faces head Umno divisions in Kelantan. The Star online.
- ^ (Inggeris) Abdullah heads honours list, The Star online