Mitsubishi Kuda/Mitsubishi Freeca | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Mitsubishi Motors China Motor Corporation |
Juga dikenali | Mitsubishi Adventure Mitsubishi Kuda Mitsubishi Jolie Soueast Freeca Africar Landio Africar Jockey |
Pengeluaran | 1997–2005 |
Pemasangan | Yang Mei, Taoyuan, Taiwan Jakarta, Indonesia (sampai 2006) Cainta Rizal, Filipina Qing Kou, Min Hou, Fuzhou, China Cape Town, Afrika Selatan |
Kelas | MPV |
Enjin | 4G63A 2.0L SOHC 4 segaris Mesin bensin 4D56 2.5L SOHC 4 segaris Mesin diesel |
Penghantaran | 5-speed manual 4-speed otomatis |
Jarak roda | 2,620 mm (103.1 in) |
Panjang | 4,320–4,375 mm (170.1–172.2 in) |
Lebar | 1,650–1,690 mm (65.0–66.5 in) |
Tinggi | 1,800–1,830 mm (70.9–72.0 in) |
Berat Curb | 1445-1500 kg |
Berkait | Isuzu Panther, Toyota Kijang |
Mitsubishi Freeca / Mitsubishi Kuda adalah sebuah MPV kompak yang direka oleh Mitsubishi Motors dan China Motor Corporation untuk pasaran Asia, dan dibuat di Taiwan dan Filipina (di sana dinamakan Mitsubishi Adventure). Pertama kali dilancarkan pada 11 September 1997, dan pengeluaran ke 50,000 tercapai tahun 2005 di Filipina. Pesaing yang mirip dengannya adalah Isuzu Panther dan Toyota Kijang. Mitsubishi Kuda terbagi dalam dua jenis enjin iaitu petrol 2.0L dan diesel 2.5L.
Di pasaran antarabangsa Mitsubishi Kuda dikenali sebagai Mitsubishi Freeca di Taiwan, Mitsubishi Adventure di China dan Filipina dan Mitsubishi Jolie di Vietnam.
Pengeluaran Mitsubishi Kuda di Indonesia telah dihentikan sejak tahun 2006, Pada Awal Diluncurkan Tahun 1997, Mitsubishi menawarkan Varian GLX Petrol, GLS Petrol, Super Exceed Petrol, GLX Diesel, GLS Diesel, pada 2000, telah dilancarkan varian Super Exceed Diesel, pada 2001, telah dilancarkan New Mitsubishi kuda dengan Perubahan Varian Menjadi Grandia, Diamond, Deluxe, Serta Mesin Petrol dari awalnya 1,600 cc menjadi 2,000 cc MPI dan ditawarkan transmisi automatik untuk Varian petrol, kemudian pada 2004, telah dilancarkan Varian New Grandia sebagai edisi penutup Mitsubishi kuda sebelum dihentikan pengeluarannya.