Mirugasirisham மிருகசிரிஷம் | |
---|---|
![]() Poster Filem | |
Pengarah | Vijay Ganesh |
Penulis | Vijay Ganesh |
Dihasilkan oleh | Dr Sai Suthan Krishnan Thilaka Garuna Murthee |
Dibintangi | Vijay Ganesh Joshua Shashi Kumar<br /Jegan Shanmugam |
Sinematografi | S.Harikrishnan |
Disunting oleh | S.Harikrishnan |
Muzik oleh | Shane Xtreme |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Fivestar AV |
Tarikh tayangan | 19 Jun 2025 |
Masa tayangan | 140 Minit[1] |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Tamil |
Bajet | - |
Pecah panggung | RM 150,000 (Minggu Pertama) Final Box Office Run No Data* |
Mirugasirisham atau untuk tujuan promosi dikenali sebagai Mirugasirisham: The Orion ialah sebuah filem komedi Seram bahasa Tamil tahun 2025 dari Malaysia.Filem ini diarahkan oleh Vijay Ganesh dan diterbitkan oleh Dr Sai Suthan Krishnan di bawah syarikat produksinya,Fivestar AV[2]. Vijay Ganesh Vijay Ganesh juga berlakon dalam filem ini sebagai seorang Swamiji. Muzik digubah oleh Shane Xtreme dan barisan pelakon termasuk Joshua Shashi Kumar, Jegan Shanmugam, Nirmala Tharmarajan, Kumari, dan Komalaa Naaidu.[3] [4]Kisah ini mengisahkan tiga sekawan yang terperangkap dalam satu siri kejadian paranormal yang menakutkan. Bunyi-bunyi pelik bertukar menjadi serangan ghaib yang menggerunkan, menyebabkan mereka mendapatkan bantuan daripada seorang tok guru. Dari situ, bermulalah satu perjalanan yang penuh dengan kejutan, gelak tawa, dan detik-detik yang benar-benar menyeramkan.
Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dalam format 2D dan 2D ATMOS pada 19 Jun 2025.[5]Ia menggabungkan elemen seram, komedi dan ketegangan, serta mendapat sambutan positif di kalangan penonton tempatan dan dianggarkan mendapat sambutan box office sebanyak RM 150,000 dalam 1 minggu,menurut posting di Instagram https://www.instagram.com/p/DLhtUNHSvWe/?igsh=dTZleHF2NnBqcmx0
Filem ini mempunyai cinematografi cantik,komedi,horror,serial killer dan suspens menjadikan filem ini lengkap ditonton.Filem ini boleh ditonton di Astro bermulai 21 August 2025 menurut Posting Instagram https://www.instagram.com/reel/DNrsCVY3rBR/?igsh=aXFidjV6cHJ5emgx
Sinopsis
Filem ini mengisahkan pasangan pengantin baru yang berpindah ke sebuah apartmen yang didakwa berhantu. Tidak lama kemudian, mereka mengalami gangguan-gangguan paranormal yang semakin menakutkan. Bagi menangani gangguan itu, mereka mendapatkan bantuan daripada seorang tok guru tempatan. Namun, kehadiran tok guru tersebut mendedahkan lebih banyak misteri dan membawa kepada kejadian-kejadian yang tidak dijangka.
Barisan Pelakon
- Vijay Ganesh sebagi Guruji, Seorang penyembuh spiritual dan penyiasat paranormal.
- Jegan Shanmugam sebagai Senthil, Seorang lelaki yang bekerja dalam bidang IT dan agak naif
- Nirmala Tharmarajan sebagai Sridevi, Isteri Senthil
- Joshua Shashi Kumar sebagai Siva, Abang kepada Sridevi dan seorang ketua chef yang bergaya dan lantang.
- Kumari sebagai Soo Koon, Seorang intern yang bekerja untuk Guruji
- Komalaa Naidu
Penerbitan
Filem ini diterbitkan oleh syarikat produksi tempatan FiveStar AV (FST), yang terkenal dengan karya-karya sinematik Tamil Malaysia. Mirugasirisham merupakan salah satu percubaan mereka untuk membawa cerita seram yang berpaksikan kepada budaya tempatan tetapi dengan pendekatan moden.
Tayangan
Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dalam format 2D dan 2D ATMOS. Ia disertakan dengan sari kata dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Klasifikasi umur: 16+. Ia merupakan filem Tamil tempatan pertama yang ditayangkan dengan sistem bunyi Dolby Atmos.[6]
Rujukan
- ^ https://mbocinemas.com/Browsing/Movies/Details/f-F000001125
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=pOQmXphxU2g&t=144s
- ^ https://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?search=2025.20097.mirugasirisham.39224
- ^ https://varnam.my/107811/all-you-need-to-know-about-mirugasirisham-the-orion/
- ^ https://astroulagam.com.my/lifestyle/mirugasirisham-orion-hits-theatres-june-19-301178
- ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2025/06/22/malaysian-made-mirugasirisham-will-have-you-screaming-with-laughter