Mira Sofea adalah merupakan sebuah drama lipur lara arahan Along Kamaruddin yang diterbitkan pada tahun 2013. Dibintangi oleh Janna Nick, Sharnaaz Ahmad, Ryzal Jaafar, Salina Saibi, Aleza Shadan, Ku Fridah dan ramai lagi. Drama ini telahpun memulakan siarannya sebanyak 24 episod bermula pada tarikh 26 Ogos 2013 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 5 petang di saluran Astro Prima dan Astro Maya HD.
Mira Sofea | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Keluarga Konflik |
Pengarah | Along Kamaruddin |
Dibintangi oleh | Janna Nick Sharnaaz Ahmad Ryzal Jaafar Salina Saibi Aleza Shadan Ku Fridah |
Lagu pembukaan | "Agenda" nyanyian Ahmad Adly |
Lagu penutup | "Agenda" nyanyian Ahmad Adly |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 24 |
Penerbitan | |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 48 minit (per episod) |
Syarikat penerbitan | Orangtree Production Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Prima Astro Maya HD |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 26 Ogos 2013 – 3 Oktober 2013 |
Sinopsis
Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Mira Sofea (Chacha Maembong) yang sering menjadi gadis kegilaan kepada anak tauke ikan bilis dikampungnya, iaitu Ryan (Sharnaaz Ahmad). Namun melihat sikap Ryan yang begitu obses terhadap dirinya membuatkan Mira menjadi sangat takut dengan Ryan dan mula menolak cintanya. Hal itu membuatkan Ryan menjadi sangat marah lalu menfitnah dan menganiaya Mira sehingga Mira dan ibunya dicerca dan dihina oleh orang-orang kampung. Hal itu membuatkan Mira rasa tertekan lalu bertekad untuk meninggalkan kampung halamannya dan mula berhijrah ke Kuala Lumpur. Disana Mira bertemu dan jatuh cinta dengan Azlan (Ryzal Jaafar), iaitu seorang lelaki yang begitu ikhlas dan tulus mencintainya. Ryan yang mengetahui Mira telah berpindah daripada kampung mereka kemudian mula menuju ke Kuala Lumpur lalu untuk mencari keberadaan Mira. Ryan yang kini mengetahui bahawa Mira kini mempunyai teman lelaki mencuba untuk memisahkan mereka disebabkan obsesinya terhadap gadis itu masih menebal dalam dirinya.
Pelakon
- Janna Nick sebagai Mira Sofea
- Sharnaaz Ahmad sebagai Rayyan
- Ryzal Jaafar sebagai Azlan
- Salina Saibi sebagai Eira
- Hazzley Abu Bakar sebagai Badrul
- Aleza Shadan
- Dilla Ahmad
- Ku Fridah
- Sharifah Shahora
- Dian P. Ramlee
- Ainina Ahmad B