Mira Edora | |
---|---|
Pengarah | Zulkifli M. Osman |
Penulis |
|
Lakon layar | Zulkifli M. Osman |
Berdasarkan | Mira Edora karya Khadijah Hashim |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Bade Hj. Azmi |
Disunting oleh | Ibrahim Ahmad |
Syarikat penerbitan | Take One Productions Sdn. Bhd. |
Tarikh tayangan | 1990 |
Masa tayangan | 116 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Mira Edora ialah sebuah filem drama romantik Malaysia 1990 arahan Zulkifli M. Osman, diadaptasi dari novel 1984 dengan tajuk sama karya Khadijah Hashim. Filem ini menjadi filem adaptasi novel pertama Malaysia.[1]
Plot
Mengisahkan seorang ibu dan anak perempuan yang mempunyai hubungan berbatu. Perkara menjadi lebih buruk apabila kedua-dua mereka jatuh cinta lelaki yang sama.
Pelakon
- Julia Rais sebagai Mira Edora
- Noorkumalasari sebagai Hapipah
- Mustapha Kamal sebagai Cikgu Nordin
- Rahim Maarof sebagai Gary
- Ruminah Sidek sebagai Mak Hawa
- Accapan sebagai dirinya sendiri
- Bibiyana Layola sebagai Ani Azidah
- Azihan M. Osman sebagai Susan
- Sofia Jane sebagai Azizah
- Azhar Sulaiman sebagai Fauzi
- Kumpulan Classmate sebagai Kugiran
Muzik dan runut bunyi
- "Hadir Mu" - Baby
- "Sukar Mencari Kepastian" - Azman Abu Hassan
- "Hey Edora" - T.J.
- "Layang-Layang" - Rahim Maarof
Trivia
Isu menukar pelakon utama menjadi berita hangat ketika itu dimana watak Mira Edora yg sepatutnya dipegang oleh Sheery Siebel diberikan kepada Julia Rais. Begitu juga sedikit konflik antara penulis novel Puan Khatijah Hashim yang mendakwa terlalu banyak penukaran dilakukan terhadap cerita dari novel asal untuk divisualkan melalui skrip. Lokasi dibuat disekitar Petaling Jaya, Bukit Fraser, Awana Genting, Port Dickson dan Sekolah Menengah di Shah Alam.
Rujukan
- ^ Nasir Jani (11 Januari 2015). Adaptasi filem untuk nutrisi minda Sinar Harian. Dicapai pada 11 Januari 2015.