Mini Muzium Padi berasal dari sebuah rumah usang di Kampung Bendang Raja, Jalan Puncak Janing, Kedah, yang digunakan untuk pesawah dahulu kala berehat setelah penat menanam padi. Setelah sekian lama peninggalan rumah tersebut diubahsuai dan dijadikan Mini Muzium Padi bagi mengingati sejarah penanaman padi di kawasan tersebut.
Pengubahsuaian tersebut dilakukan hasil dari kejasama penduduk kampung disekitar itu. Pengasas Mini Muzium Padi tersebut adalah En Hambali (JKKKP) dan Penduduk Kampung Bendang Raja.
Mini Muzium Padi menempatkan pelbagai khazanah peninggalan orang dahulu seperti, alat memancing ikan, pisau pengerat padi, ketok kerbau, senjata-Senjata lama, pakaian bangsawan, Ketam padi dan sebagainya.