Milwaukee Brewers | |||||
---|---|---|---|---|---|
Musim 2024 Milwaukee Brewers | |||||
Ditubuhkan pada 1969 | |||||
Berpusat di Milwaukee sejak 1970 | |||||
| |||||
Gabungan liga utama | |||||
| |||||
Seragam terkini | |||||
Nombor tidak digunakan | |||||
Warna | |||||
Nama | |||||
| |||||
Gelaran lain | |||||
| |||||
Ballpark | |||||
| |||||
Kejuaraan Liga Utama | |||||
Kejuaraan Siri Dunia (0) | Tiada | ||||
NL Pennant (0) | Tiada | ||||
Pennant AL (1) | 1982 | ||||
NL Central Kejuaraan Divisyen (3) | |||||
Gelaran AL East Division (2) | |||||
Kemunculan Wild card (3) | |||||
Pejabat pengurusan | |||||
Pemilik | Mark Attanasio | ||||
Pengurus | Craig Counsell | ||||
Pengurus Besar | Matt Arnold | ||||
Presiden Operasi Besbal | Matt Arnold |
Milwaukee Brewers merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Milwaukee. Pasukan ini bersaing di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) Central. Nama Brewers telah diguna pakai sempena perkaitan bandar ini dengan industri membru.[4] Sejak tahun 2001, pasukan ini telah beraksi di gelanggang American Family Field yang memuatkan kapasiti sebanyak 41,900 orang.
Pasukan ini telah ditubuhkan pada 1969 dengan nama Seattle Pilots. Pasukan ini beraksi sebagai status pasukan tambahan di American League (AL) dan pada awalnya berpangkalan di Seattle, Washington. Pilots pada masa itu beraksi di Sick's Stadium. Setelah hanya satu musim, pasukan ini kemudiannya berpindah ke Milwaukee dan dikenali sebagai Brewers. Perlawanan-perlawanan melibatkan Milwaukee akan berlangsung di Milwaukee County Stadium selepas perpindahan. Pada 1998, Brewers mula menyertai National League. Perkembangan ini membolehkan pasukan ini beraksi di empat divisyen berbeza sejak permainan divisyen diperkenalkan di Major League Baseball pada 1969. Brewers juga merupakan salah satu daripada dua pasukan MLB kini yang bertukar liga pada era moden (1900-kini) selain pasukan Houston Astros.
Brewers tampil di Siri Dunia pada tahun 1982,[a] dan Brewers kini tergolong dalam enam pasukan MLB kini yang belum pernah memenangi sebarang kejuaraan Siri Dunia.[5] Selepas memenangi American League Championship Series 1982 (ALCS) menentang California Angels, Brewers berhadapan pasukan St. Louis Cardinals di Siri Dunia sebelum ia berakhir dengan kekalahan 4–3. Pada tahun 2011, Brewers mengalahkan pasukan Arizona Diamondbacks untuk menjuarai National League Division Series 2011 (NLDS), 3–2, tetapi kemudiannya mengalami kekalahan di National League Championship Series (NLCS) kepada juara musim, Cardinals 4–2. Pada tahun 2018, Brewers telah menyingkirkan Colorado Rockies di saingan NLDS, 3–0 tetapi tewas dalam NLCS kepada Los Angeles Dodgers, 4–3.
Dari tahun 1969 sehingga 2022, rekod menang-kalah Brewers secara keseluruhannya ialah 4,123–4,391.[6]
Sejarah
Pasukan ini telah ditubuhkan pada tahun 1969 di Seattle dengan nama Seattle Pilots. Selepas menempuh musim sulung yang mengecewakan, pasukan ini lantas berpindah ke Milwaukee (tempat pasukan Braves yang aktif dari 1953 sehingga 1965) dan ia telah mengambil nama daripada pasukan Minor League yang bertahan lama, Brewers. Pasukan Brewers pada awalnya bergelut untuk memperoleh keputusan memuaskan apabila meraih rekod kekalahan sepanjang lapan musim pertama di Milwaukee. Kemudian, ketibaan shortstop Robin Yount pada tahun 1974 sedikit sebanyak membawa kepada titik pusingan pasukan. Keadaan ini dirangsang lagi apabila kemasukan designated hitter baru, Paul Molitor pada tahun 1978. Pasukan Brewers seterusnya meraih tiga kemenangan musim berturut-turut sebelum meraih kejuaraan divisyen sulung pada tahun 1981. Mereka menjuarai satu-satunya kejuaraan pennant AL pada tahun berikutnya sebelum melakukan kemaraan ke Siri Dunia dan kecundang kepada St. Louis Cardinals.
Selepas kemunculan di Siri Dunia, Brewers memasuki tempoh kemerosotan apabila mereka sekadar menamatkan kempen tidak lebih daripada posisi ketiga divisyen selama sembilan musim berturut-turut. Pada tahun 1992, Brewers meraih 92 kemenangan dan menduduki tempat kedua divisyen. Pencapaian ini tidak bertahan lama apabila ia disusuli oleh 12 musim kekalahan berturut-turut. Dengan kemasukan dua pasukan tambahan pada tahun 1998, Major League Baseball telah mencadangkan Brewers untuk menyertai National League dari American League. Perkembangan ini menjadikan Brewers sebagai pasukan pertama pada abad ke-20 yang bertukar liga. Pasukan ini juga mula beraksi di stadium baru, Miller Park (yang kemudian dikenali sebagai American Family Field) pada tahun 2001.
Pada tahun 2008, Brewers yang dikemudi oleh tonggak Prince Fielder dan Ryan Braun membantu pasukan mencapai 90 kemenangan dan mengesahkan kelayakan pasukan ke postseason sebagai Wild Card NL (menjadi pasukan menghasilkan rekod terbaik tetapi gagal menjuarai divisyen) sekali gus menandakan kemunculan pertama Brewers di postseason sejak tahun 1982. Brewers menghasilkan rekod baru pasukan apabila meraih 96 kemenangan pada tahun 2011. Pasukan ini kemudiannya mara ke NL Championship Series (NLCS) sebelum mereka disingkirkan oleh Cardinals. Selepas penampilan pasukan di NLCS, Fielder meninggalkan pasukan manakala Braun pula terpalit dengan skandal steroid. Perkara ini telah menjejaskan prestasi pasukan. Milwaukee kembali membina momentum pada 2018 apabila memenangi 96 perlawanan dan mara ke siri kejuaraan buat kali ketiga dalam sejarah. Kemaraan ini berakhir dengan kekalahan kepada Los Angeles Dodgers. Brewers kembali ke aksi playoff pada tahun berikutnya tetapi mereka disingkirkan di aksi Wild Card. Pada musim 2020 yang dipendekkan akibat pandemik COVID-19, pasukan ini sekali lagi mengalami kekalahan di Wild Card. Milwaukee seterusnya menamatkan divisyen di tempat pertama pada musim berikutnya dan pasukan ini mara ke NL Division Series dalam postseason. Walau bagaimanapun, mereka akur akan kekalahan kepada bakal juara siri Atlanta Braves.
Nota
- ^ Milwaukee Braves telah menjuarai Siri Dunia 1957 yang dibarisi pemain seperti Hank Aaron, Eddie Matthews, Lee Burdette dan Warren Spahn.
Catatan
- ^ McCalvy, Adam (November 19, 2020). "Why do Brewers wear blue and yellow?". Brewers.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada February 2, 2021.
- ^ "Milwaukee Brewers Glove Story". Brewers.com. MLB Advanced Media. November 18, 2019. Dicapai pada November 19, 2019.
- ^ "New logo and uniforms introduced for the next generation of Brewers baseball". Brewers.com (Siaran akhbar). MLB Advanced Media. November 18, 2019. Dicapai pada November 19, 2019.
The team’s new color palette is anchored by navy, which the Brewers have proudly worn since 1994. Accompanying navy are the colors yellow and royal blue. The yellow represents our city’s rich brewing legacy and joyful nature, while the royal blue represents the era that produced two postseason berths and a World Series appearance.
- ^ "Brewers Timeline 1970s". Brewers.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada February 2, 2021.
- ^ Gleeson, Scott (October 31, 2019). "The Nationals won the World Series, and now there are only six MLB teams without one". USA Today. Dicapai pada November 27, 2019.
- ^ "Milwaukee Brewers Team History & Encyclopedia". Baseball-Reference (dalam bahasa Inggeris). Sports Reference. Dicapai pada October 6, 2022.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Milwaukee Brewers |