| |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Miguel Ángel Britos Cabrera | ||
Tarikh lahir | 17 Julai 1985 | ||
Tempat lahir | Maldonado, Uruguay | ||
Ketinggian | 1.88 m (6 ka 2 in) | ||
Posisi permainan | Bek tengah | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2005–2006 | Fénix | 12 | (0) |
2006–2007 | Juventud | 33 | (3) |
2007–2008 | Montevideo Wanderers | 26 | (1) |
2008–2011 | Bologna | 71 | (4) |
2011–2015 | Napoli | 68 | (3) |
2015–2019 | Watford | 66 | (2) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 Mac 2019 |
Miguel Ángel Britos Cabrera (lahir 17 Julai 1985) merupakan bekas pemain bola sepak Uruguay yang bermain di posisi bek tengah.
Kerjaya kelab
Britos memulakan kerjaya profesionalnya bersama kelab Fénix pada 2005. Selepas bermain pada musim 2005-06, pasukan beliau naik kepada Segunda División Uruguay. Pada 1 Januari 2006, beliau berpindah ke kelab Juventud.
Pada 1 Julai 2007, beliau menandatangani kontrak baru bersama kelab Montevideo Wanderers.
Bologna
Beliau kemudian berpindah ke Itali pada pertengahan 2008 dan bermain untuk Bologna. Beliau membuat debut di Serie A pada 21 September 2008 menentang ACF Fiorentina. Pada 21 Februari 2009, beliau menjaringkan gol pertamanya di pentas Eropah menentang Inter.
Napoli
Beliau menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Napoli. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Napoli pada 13 Februari 2012 menentang Chievo, pasukannya menang 2-0. Britos tampil dalam aksi perlawanan akhir Coppa Italiana pada 20 Mei 2012 apabila Napoli menewaskan Juventus, 2-0.
Penghargan
- Juventud
- Torneo di Viareggio : 2006
- Napoli
Pautan luar
- Templat:ESPNsoccernet
- (Sepanyol) Profile at tenfieldigital