| Mickey Mantle | |||
|---|---|---|---|
Mantle pada 1954 | |||
| Center fielder | |||
| Dilahirkan: 20 Oktober 1931 Spavinaw, Oklahoma, A.S. | |||
| Meninggal dunia: Ogos 13, 1995 (umur 63) Dallas, Texas, A.S. | |||
| |||
| MLB debut | |||
| 17 April, 1951, untuk New York Yankees | |||
| Penampilan MLB terakhir | |||
| 28 September, 1968, untuk New York Yankees | |||
| Statistik MLB | |||
| Purata pukulan | .298 | ||
| Pukulan | 2,415 | ||
| Home run | 536 | ||
| RBI | 1,509 | ||
| Pasukan | |||
| |||
| Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||
| |||
| Ahli National | |||
| Pelantikan | 1974 | ||
| Undian | 88.2% (cabutan pertama) | ||
Mickey Charles Mantle (20 Oktober 1931 – 13 Ogos 1995), digelar "the Mick" dan "the Commerce Comet", ialah seorang pemain besbol profesional Amerika Syarikat yang bermain sepanjang kerjayanya di Major League Baseball (MLB) dari tahun 1951 hingga 1968 terutama bersama pasukan New York Yankees sebagai pemadang tengah. Mantle dianggap oleh ramai pihak sebagai salah seorang pemukul terbaik dan paling berbahaya dalam sejarah besbol. Beliau memenangi Anugerah Pemain Terbaik American League (AL MVP) sebanyak tiga kali dan telah dilantik ke dalam Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan pada tahun 1974.
Dilahirkan di Spavinaw, Oklahoma, Mantle dibesarkan oleh bapanya yang sejak awal yang melatihnya untuk menjadi pemain besbol. Beliau dilatih sejak muda untuk menjadi switch hitter (pemukul kedua-dua belah tangan), satu kemahiran yang menjadikannya lebih berbahaya di pentas MLB. Walaupun sering dibelenggu kecederaan, bermula dengan kecederaan lutut semasa Siri Dunia 1951, beliau tetap menjadi antara ancaman serangan terbesar dalam sejarah sukan ini.
Beliau ialah satu-satunya pemain dalam sejarah MLB yang memukul lebih daripada 150 home run dari kedua-dua belah plat. Sepanjang kerjayanya, Mantle mencatatkan 536 home run, dan memukul dengan purata .300 atau lebih sebanyak 10 musim. Beliau menduduki tangga ke-16 sepanjang zaman dalam home run setiap pada giliran (at-bat), dan ke-17 dalam peratusan on-base (on-base percentage).
Kemuncak karier Mantle hadir pada tahun 1956 apabila beliau memenangi Triple Crown, dengan mendahului MLB dalam ketiga-tiga kategori utama iaitu purata pukulan dengan mencatatakan .353, 52 pukulan home run dan 130 markah akibat pukulan (RBI). Beliau telah dipilih ke All-Star sebanyak 20 kali, dan bermain dalam 16 perlawanan All-Star tersebut. Di posisi pemadang tengah, beliau juga menunjukkan kemampuan bertahan yang kukuh, dengan peratusan fielding .984 dan memenangi Anugerah Sarung Tangan Emas.
Mantle menyertai 12 Siri Dunia, memenangi 7 kejuaraan, dan masih memegang beberapa rekod Siri Dunia, termasuklah home run terbanyak dengan 18 pukulan, RBI terbanyak dengan meraih 40, pukulan extra-base terbanyak iaitu 26, larian terbanyak dengan mencapai 42, walk terbanyak iaitu 43 serta jumlah "total bases" terbanyak dengan sebanyak 123. Beliau juga mempunyai peratusan on-base dan slugging tertinggi dalam sejarah Siri Dunia.
Selepas bersara, Mantle bekerja sebagai pengulas sukan untuk NBC selama beberapa tahun, dan pernah menjadi jurulatih bes pertama dan jurulatih pukulan Yankees pada musim 1970.
Walaupun merupakan antara atlet dengan bayaran tertinggi pada zamannya, Mantle mengalami masalah kewangan akibat pelaburan dan perniagaan yang gagal. Kehidupan peribadinya juga penuh dengan kesukaran dan tragedi. Perkahwinannya runtuh disebabkan alkoholisme dan kecurangan, dan tiga orang anaknya turut menjadi penagih alkohol, salah seorang daripadanya meninggal dunia akibat masalah tersebut.
Di akhir hayatnya, Mantle menyesali gaya hidup liar yang diamalkannya, serta kesan buruk terhadap keluarga. Beliau menjalani rawatan akibat ketagihan alkohol dan menjadi sober pada tahun terakhir hidupnya, sambil memberi amaran kepada orang ramai tentang bahaya penyalahgunaan alkohol. Mickey Mantle meninggal dunia di Dallas, Texas, pada usia 63 tahun, akibat kanser hati disebabkan oleh penyalahgunaan alkohol berlarutan.
Pautan luar
| Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Mickey Mantle |
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mickey Mantle |
- Career statistics from MLB · ESPN · Baseball Reference · Fangraphs · Baseball Reference (Minors) · Retrosheet · Baseball Almanac
- Templat:Bbhof
- Templat:Sabrbio
- Mickey Mantle di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Mickey Mantle di Find a Grave








