![]() Michal sedang bersiap untuk perlawanan Lech Poznań pada 2022 | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Michał Krzysztof Skóraś[1] | ||
Tarikh lahir | 15 Februari 2000 | ||
Tempat lahir | Jastrzębie-Zdrój, Poland | ||
Ketinggian | 172 cm (5 ka 8 in)[2] | ||
Posisi permainan | Pemain sayap | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Club Brugge | ||
Nombor | 21 | ||
Kerjaya remaja | |||
–2014 | MOSiR Jastrzębie-Zdrój | ||
2015–2017 | Lech Poznań | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2017–2022 | Lech Poznań II | 22 | (4) |
2018–2023 | Lech Poznań | 92 | (13) |
2018–2019 | → Bruk-Bet Termalica (pinjaman) | 27 | (1) |
2019 | → Raków Częstochowa (pinjaman) | 15 | (1) |
2023– | Club Brugge | 42 | (2) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2015–2016 | Poland B16 | 7 | (2) |
2016–2017 | Poland B17 | 10 | (2) |
2017–2018 | Poland B18 | 5 | (1) |
2018 | Poland B19 | 6 | (2) |
2019 | Poland B20 | 10 | (0) |
2020–2022 | Poland B21 | 10 | (4) |
2022– | Poland | 9 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 November 2024 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 25 Jun 2024 |
Michał Krzysztof Skóraś (lahir 15 Februari 2000) ialah seorang pemain bola sepak profesional Poland yang bermain sebagai pemain sayap atau bek sayap untuk kelab Liga Pro Belgium Club Brugge dan pasukan kebangsaan Poland.[3]
Kerjaya Kelab
Pada 20 Mac 2021, Skóraś menjaringkan gol pertamanya untuk Lech Poznań menentang Jagiellonia Białystok.[4]
Dalam musim 2022–23, Skóraś mewakili Lech Poznań dalam Liga Konferensi Europa UEFA 2022–23, mencapai peringkat suku akhir.[5] Pada tahun yang sama, pada 26 April, beliau menandatangani kontrak selama empat tahun dengan kelab Belgium, Club Brugge, berkuat kuasa dari Julai 2023.[6]
Kerjaya Antarabangsa
Setelah membuat lebih daripada 40 penampilan untuk pasukan kebangsaan belia Poland, Skóraś memperoleh penampilan sulungnya bersama skuad senior pada 22 September 2022, masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-68 dalam kekalahan 2–0 Liga Negara-Negara UEFA menentang Belanda.[7]
Pada November 2022, beliau disenaraikan dalam skuad 26 pemain untuk Piala Dunia FIFA 2022.[8][9][10] Beliau membuat satu-satunya penampilannya dalam kejohanan itu dalam kekalahan peringkat kumpulan 2–0 menentang Argentina pada 30 November, bermain sepanjang separuh masa kedua.[11]
Pada 7 Jun 2024, Skóraś telah dipilih dalam skuad akhir untuk UEFA Euro 2024 di Jerman.[12][13]
Pencapaian
Lech Poznań
Club Brugge
Individual
- Pemain Muda Terbaik Bulanan Ekstraklasa: April 2022[15]
Rujukan
- ^ "FIFA U-20 World Cup Poland 2019: List of Players: Poland" (PDF). FIFA. 13 June 2019. m/s. 15. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 February 2020.
- ^ "Michał Skóraś". Club Brugge KV. Dicapai pada 15 October 2023.
- ^ "Błysk na MŚ U-20 wszystko zmienił". Weszlo (dalam bahasa Poland). 3 September 2019.
- ^ "Debiutancki gol Skórasia dla Lecha w lidze". www.lechpoznan.pl (dalam bahasa Poland). 2021-03-22. Dicapai pada 2025-02-14.
- ^ "Lech Poznań wygrał z Fiorentiną 3:2 w rewanżu, ale odpadł w ćwierćfinale piłkarskiej Ligi Konferencji". Polish Press Agency (dalam bahasa Poland). 20 April 2023. Dicapai pada 23 April 2023.
- ^ "Michał Skóraś od lipca w Club Brugge KV". www.90minut.pl. Dicapai pada 2025-02-14.
- ^ "Skóraś z debiutem w reprezentacji Polski". www.lechpoznan.pl (dalam bahasa Poland). 2022-09-22. Dicapai pada 2025-02-14.
- ^ S.A, Telewizja Polska (2022-11-10). "Gwiazda Lecha zagra na MŚ. "Jeszcze rok temu nie spodziewałbym się powołania"". sport.tvp.pl (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 2025-02-14.
- ^ Qatar 2022: Full Polish squad has been announced (2025-01-10). "ABC8" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-14.
- ^ Ramsay, Ben Morse,George (2022-11-10). "Every World Cup 2022 squad at Qatar 2022". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-14.
- ^ "Katar 2022. Michał Skóraś spełnił marzenia. Od piłkarza niechcianego w Lechu Poznań do gry na mundialu". poznan.wyborcza.pl. Dicapai pada 2025-02-14.
- ^ "Michał Probierz ogłosił kadrę na Euro 2024 - Reprezentacja A". PZPN - Łączy nas piłka (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 2025-02-14.
- ^ "Euro 2024 full squad list: Cristiano Ronaldo, Kylian Mbappe, Harry Kane, Toni Kroos". BBC News Pidgin. 2024-05-22. Dicapai pada 2025-02-14.
- ^ "From 19 points behind to Belgian Champions: Club Brugge grab 19th title after draw with Cercle Brugge". OneFootball (dalam bahasa Perancis). 2025-02-13. Dicapai pada 2025-02-14.
- ^ "Młodzieżowiec Kwietnia 2022: Michał Skóraś (Lech Poznań)" (dalam bahasa Poland). Ekstraklasa. 6 May 2022. Dicapai pada 15 May 2022.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Michał Skóraś |
- Michał Skóraś at the Club Brugge KN website