Mi segera (bahasa Inggeris: Instant noodle ) ialah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera. Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.
Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu ramen.
Sejarah
Idea mi segera sudah pun berakar umbi sejak zaman Dinasti Qing di China, di mana mi yimian digoreng, membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat. Serupa juga, "mi benang ayam" (mi halus yang digoreng dan dihidangkan dengan air panas serta pilihan telur) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing.
Mi segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan, Momofuku Andō (安藤百福), pengasas syarikat Nissin Foods, salah satu pengeluar mi segera terbesar hari ini. Mi keluarannya direbus dengan perencah, digoreng dengan minyak sawit untuk membuang kelembapan, kemudiannya dikeringkan untuk membentuk gumpalan mi. Kaedah pengawetan lain sudah pun dicuba, seperti pengawetan dengan garam dan asap tetapi Andō membuat kesimpulan bahawa minyak sawit ialah yang paling berkesan.
Pada tahun 1958, Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia, Chikin Ramen (ramen segera berperisa ayam) di Osaka. Satu lagi pencapaian telah diperolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mi cawan, mi segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi. Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur-sayuran kering di dalam cawan, sehingga terciptanya hidangan sup lengkap.
Menurut satu undian Jepun pada tahun 2000, mi segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad. Karaoke menduduki tempat kedua, manakala cakera padat hanya menduduki tempat kelima.[1] Setakat tahun 2005, lebih kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap tahun. [2] China memakan 44 bilion bungkus mi segera setahun, atau 51% daripada jumlah di seluruh dunia, Indonesia memakan 12 bilion, Jepun 5.4 bilion. Secara per kapita, rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mi segera iaitu 69 bungkus setahun.
Mi segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar universiti malah boleh digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi. Pada tahun 2005, Indeks Mama Noodles dilancarkan bagi menunjukkan jumlah jualan mi segera jenama Mama, pengeluar terbesar di Thailand. [1] Indeks menjadi setabil sejak Krisis Kewangan Asia Timur, tetapi jualan meningkat sebanyak 15% dalam 7 bulan pertama tahun 2005, yang dianggap sebagai petanda kemelesetan ekonomi. Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal, sekaligus mendorong kepada peningkatan jualan ramen.
Kebimbangan tahap kesihatan
Ramen dan produk serupa sering dianggap sebagai makanan rapu. Sepinggan mi segera mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi tetapi rendah kandungan serat, vitamin dan mineral. Mi segera selalunya digoreng sebagai salah satu proses pengeluaran, mengakibatkan kandungan lemak tepu yang tinggi dan/atau lemak trans. Tambahan pula, jika dihidangkan dengan kuah segera, ia selalunya mengandungi monosodium glutamat (MSG) selain kandungan natrium yang tinggi, selalunya melebihi 60% daripada U.S. RDA (1,200-1,440 mg). Sesetengah jenama mengandungi lebih 3,000 mg natrium dalam kes yang lebih teruk.
Sementara banyak makanan berproses masih lagi berkhasiat, kebimbangan mengenai ramen adalah berikutan dengan penggunaannya sebagai makanan asasi bagi ramai rakyat Amerika. Pelajar universiti misalnya banyak memakan mi segera kerana mudah didapati, harganya yang sangat murah (sekitar RM0.70 sebungkus bagi mi segera jenama Maggi), mudah dan cepat disediakan, serta mudah dibawa ke mana-mana, menjadikannya menarik minat generasi muda yang kurang berduit dan/atau kesuntukan masa. Terdapat kisah dongeng yang mengatakan pelajar yang makan ramen sepanjang tahun akan menghidap skurvi.[3]
Kontroversi paling terkini ialah mengenai kebimbangan terdapat kandungan dioksin dan bahan yang menyerupai hormon yang boleh didapati daripada pembungku serta gam yang digunakan untuk membungkus mi segera. Sebaik sahaja air panas ditambah, bahan berbahaya tersebut boleh menyusup masuk di dalam sup. selepas beberapa sisi kajian, pelbagai organisasi meminta agar kaedah pembungkusan diubah.[4]
Satu lagi kebimbangan mengenai kesan buruk pengambilan mi segera terhadap kesihatan ialah produk mungkin boleh dikilangkan dengan lemak dan minyak teroksida jika proses tidak dilakukan dengan sempurna. Lemak dan minyak teroksida adalah bahan yang berbahaya kepada kesihatan boleh menggalakkan penghasilan neurotoksin serta menyebabkan sel-sel saraf kurang aktif.[5][6][7]
Nota
- ^ "Japan votes noodle the tops". Dicapai pada 2007-04-25. BBC News
- ^ Dari Persatuan Pengilang Ramen Antarabangsa official website Diarkibkan 2008-01-05 di Wayback Machine.
- ^ [Sole Food "[[Snopes]]: Sole Food"] Check
|url=
value (bantuan). URL–wikilink conflict (bantuan) - ^ http://www.nalgenelabware.com/techdata/technical/phthalates.asp, http://tabemono.info/english/news/news116.html#1
- ^ Gotoh, N.; dll. (2007). "Novel approach on the risk assessment of oxidized fats and oils for perspectives of food safety and quality. I. Oxidized fats and oils induces neurotoxicity relating pica behavior and hypoactivity". Food and Chemical Toxicology. Elsevier. 44 (4): 493–498. doi:10.1016/j.fct.2005.08.023. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|coauthors=
(bantuan); Explicit use of et al. in:|first=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ Gotoh, Naohiro; dll. (2005). "New Sight on the Possibility of the Neurotoxic Behavior Affected by the Oxidized Compounds in Fats and Oils". Journal of Oleo Science. 54 (7): 397–405. Dicapai pada 22 November. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|coauthors=
(bantuan); Explicit use of et al. in:|first=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Gotoh, Naohiro (2005). "The importance of peroxide value in assessing food quality and food safety". Journal of the American Oil Chemists' Society. Springer. 83 (5): 473–474. doi:10.1007/s11746-006-1229-4. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan)
Rujukan
- Laman Web Ramen Segera Diarkibkan 2009-05-20 di Wayback Machine, oleh Persatuan Industri Makanan Serbaneka Jepun
- (Jepun) Muzium Ramen Segera Momofuku Andō Diarkibkan 2008-05-27 di Wayback Machine, oleh Nissin Food Products
Lihat juga
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mi segera |
- Reviu Mi Segera
- Resipi Mi E-Fu Diarkibkan 2007-03-10 di Wayback Machine
- Laman Web Ramen Segera Diarkibkan 2009-05-20 di Wayback Machine (oleh Persatuan Industri Makanan Serbaneka Jepun)
- Barisan Pengeluaran Mi Segera
- Mi segera pada hari cuti umum yang malas Diarkibkan 2008-02-10 di Wayback Machine
- [2] Diarkibkan 2008-02-08 di Wayback Machine Laman Kevin Horton mengenai pelbagai ramen segera dan mi lain.