Pokémon: The First Movie | |
---|---|
Pengarah | Michael Haigney Kunihiko Yuyama |
Penulis | Takeshi Shudo |
Dihasilkan oleh | Choji Yoshikawa Tomoyuki Igarashi Takemoto Mori |
Dibintangi | Veronica Taylor Rachael Lillis Eric Stuart Ikue Ootani Phillip Bartlett Maddie Blaustein Ted Lewis |
Diedarkan oleh | Toho (Jepun) Warner Bros. (AS) |
Tarikh tayangan | Bahasa Jepun: 18 Julai 1998 Bahasa Inggeris: 10 November 1999 |
Masa tayangan | 75 minit |
Negara | A.S./Jepun |
Bahasa | Bahasa Jepun |
Pokémon: The First Movie, di Jepun dikenali sebagai Pocket Monsters Mewtwo no Gyakushū (ポケットモンスター ミュウツーの逆襲 , Poketto Monsutā Myūtsū no Gyakushū, lit. "Pocket Monsters Mewtwo Strikes Back"), merupakan keluaran filem pertama anime Pokémon. Seperti siri animenya, filem ini diarahkan oleh Kunihiko Yuyama.
Tajuk Mewtwo Menyerang Kembali ialah terjemahan harfiah daripada tajuk Bahasa Jepun, Mewtwo no gyakushū.
Disebabkan Pokémon amat popular ketika filem ini ditayangkan, ia menjadi filem box office di seluruh dunia. Filem ini mengandungi 3 segmen: Pikachu's Vacation, babak 21 minit yang memfokuskan kepada watak Pokémon paling popular, Pikachu; Origin of Mewtwo, babak 10 minit yang menjadi prolog kepada babak utama; dan Mewtwo Strikes Back, babak utama 75 minit dalam filem ini. Filem ini disusuli oleh Pokémon: Mewtwo Returns.
Plot
Dr. Fuji, saintis dari Team Rocket dan penyelidik yang lain berjaya menemui fosil Pokémon yang paling jarang ditemui, Mew, dan dipercayai telah pupus. Menggunakan DNA Mew dan makmal penyelidikan di sebuah pulau, mereka mencipta Mewtwo. Mewtwo, Pokémon Psikik serta-merta tidak menyukai manusia setelah mendapat tahu manusia hendak membuat uji kaji ke atasnya, menggunakan kuasa luar biasanya untuk meruntuhkan makmal itu menyebabkan Dr. Fuji terbunuh. Ketua Team Rocket, Giovanni, bertemu dengan Mewtwo untuk memberi tawaran sebagai rakannya dengan menjanjikan bantuan untuk Mewtwo berlatih menggunakan kuasanya. Setelah menjalani latihan beberapa bulan, Mewtwo diberitahu oleh Giovanni bahawa Mewtwo hanyalah sebagai alat beliau. Mewtwo memusnahkan semua makmal Giovanni dan terbang kembali sisa pulau makmal itu. Mewtwo mengambil keputusan untuk mencari apa tujuannya dan menghapuskan semua yang menghalangnya.[1]
Pembawa watak
Nama watak | Pelakon suara (Bahasa Jepun) | Pelakon suara (Bahasa Inggeris) |
---|---|---|
Satoshi ("Ash Ketchum") | Rica Matsumoto (松本 梨香) | Veronica Taylor |
Pikachu | Ikue Ōtani (大谷 育江) | Ikue Ōtani |
Kasumi ("Misty") | Mayumi Iizuka (飯塚 雅弓) | Rachael Lillis |
Takeshi ("Brock") | Yūji Ueda (上田 祐司) | Eric Stuart |
Togepi | Satomi Kōrogi (こおろぎ さとみ) | Satomi Kōrogi |
Musashi ("Jessie") | Megumi Hayashibara (林原 めぐみ) | Rachael Lillis |
Kojirō ("James") | Shinichirō Miki (三木 眞一郎) | Eric Stuart |
Nyarth ("Meowth") | Inuko Inuyama (犬山 犬子) | Addie Blaustein |
Sakaki ("Giovanni") | Hirotaka Suzuoki (鈴置 洋孝) | Ted Lewis |
Junsā ("Officer Jenny") | Chinami Nishimura (西村 ちなみ) | Megan Hollingshead |
Nurse Joy | Ayako Shiraishi (白石 文子) | Megan Hollingshead |
Mewtwo | Masachika Ichimura (市村 正親) Shōtarō Morikubo (Radio drama) (森久保祥太郎) Fujiko Takimoto (Radio drama, young) (瀧本 富士子) |
Phillip Bartlett |
Mew | Kōichi Yamadera (山寺宏一) | Kōichi Yamadera |
Professor Fuji | Yōsuke Akimoto (秋元 羊介) | Alexander Davis |
Suara latar | Unshou Ishizuka | Ken Gates |
Runut bunyi
Pokémon: The First Movie Original Motion Picture Score | ||||
---|---|---|---|---|
Runut bunyi oleh Pelbagai artis | ||||
Dilancarkan pada | 1999 | |||
Dirakamkan pada | ? | |||
Tempat | Jepun | |||
Genre | Orkestra, Runut bunyi filem | |||
Panjang | 46:12 | |||
Bahasa | Bahasa Jepun | |||
Syarikat | Koch Records | |||
Pengedar | InterCom (mul) , Netflix, Warner Bros. Family Entertainment (en) dan Filmauro (en) | |||
Pengarah | Kunihiko Yuyama (en) | |||
Penerbit | John Loeffler | |||
Kronologi Pelbagai artis | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
- "Pokémon Theme" (Billy Crawford)
- "Don't Say You Love Me" (M2M)
- "It Was You" (Ashley Ballard/So Plush)
- "We're A Miracle" (Christina Aguilera)
- "Soda Pop" (Britney Spears)
- "Somewhere Someday" (*NSYNC)
- "Get Happy" (B*Witched)
- "(Hey You) Free Up Your Mind" (Emma Bunton)
- "Fly With Me" (98°)
- "Lullaby" (Mandah)
- "Vacation" (Vitamin C)
- "Makin' My Way (Any Way That I Can)" (Billie)
- "Catch Me If You Can" (Angela Via)
- "(Have Some) Fun With The Funk" (Aaron Carter)
- "If Only Tears Could Bring You Back" (Midnight Sons)
- "Brother, My Brother" (Blessid Union of Souls)
Rujukan
- ^ "About The Story". The Making of Pokemon (dalam bahasa B. Inggeris). Warner Bros. 1999. Unknown parameter
|accessdaymonth=
ignored (bantuan); Unknown parameter|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)