Ketua Menteri Singapura | |
---|---|
Bidang kuasa | Jajahan Singapura |
Dilantik oleh | Senarai Gabenor Singapura |
Dibentuk | 6 April 1955 |
Digantikan oleh | Perdana Menteri Singapura |
sunting · sunting di Wikidata |
Ketua Menteri Singapura ialah ketua pemerintah bagi Jajahan Singapura sebelum dimansuhkan pada 3 Jun 1959. Jawatan itu digantikan dengan Perdana Menteri. Ketua menteri dilantik oleh Gabenor Singapura dan merupakan pemimpin parti politik terbesar dalam Dewan Undangan.
Latar belakang
Pada Februari 1955, sebuah perlembagaan baharu yang dipanggil Perlembagaan Rendel dilaksanakan. Singapura akan memiliki sebuah dewan undangan yang terdiri daripada anggota dewan yang telah diundi oleh rakyat melalui pilihan raya umum.[1] 25 daripada 32 kerusi akan dipilih oleh rakyat manakala 4 kerusi akan dipenuhi oleh anggota tidak rasmi yang dilantik oleh gabenor. Kerusi yang selebihnya akan diduduki oleh Ketua Setiausaha Kerajaan, Peguam Negara dan Setiausaha Kewangan.[1] Tambahan pula, jawatan Ketua Menteri yang ditubuhkan akan disandang oleh ketua parti majoriti yang akan berkongsi tanggungjawab memerintah dengan Gabenor.[1] Gabenor masih bertanggungjawab atas perkara-perkara seperti hal ehwal luar negara, keselamatan dalam negeri, penyiaran dan perhubungan awam manakala kuasa penggubalan dasar dipegang oleh Ketua [1][2]