Meniti Bara adalah merupakan sebuah drama adaptasi dari filem box office Bara yang telah diterbitkan pada 1999 arahan pengarah Dato' Yusof Haslam yang disiarkan pada 2005 bagi menggantikan drama Sembilu. Dibintangi oleh Eira Syazira, Azri Iskandar, Ifa Raziah dan ramai lagi.
Meniti Bara | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Konflik |
Berdasarkan daripada | Bara karya Dato' Yusof Haslam |
Pencipta | Dato' Yusof Haslam |
Pengarah | Dato' Yusof Haslam |
Dibintangi oleh | Eira Syazira Azri Iskandar Ifa Raziah |
Lagu pembukaan | "Bara" nyanyian Awie |
Lagu penutup | "Bara" nyanyian Awie |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Penerbitan | |
Pemasangan kamera | Tetapan kamera utama |
Tempoh siaran | 48 minit (per episod) |
Syarikat penerbitan | Skop Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV2 |
Format gambar | 576i NTSC |
Format audio | Stereo |
Kronologi | |
Mengikuti | Sembilu |
Sinopsis
Mengisahkan Effa (Eira Syazira) dan Amri (Azri Iskandar) yang berkawan sejak kecil lagi sehingga bercinta namun Saiful (Syed Nahar) dan Zetty (Ifa Raziah) anak tok penghulu & kawan Amri cemburu kemesraan.
Akhirnya Amri diperangkap oleh Zetty dan Saiful kononnya Amri membuat maksiat dengan Zetty sehingga lah Amri bersama ibunya berhijrah ke bandar dan menemui Ziman (Raja Azrey) seorang pekerja bengkel selepas berlaku samun. Effa bersama Suraiti (Atie AF1) pergi ke bandar untuk menjadi model tetapi tanpa mereka sedari bahawa mereka telah diperangkap oleh sindiket pelacuran yang diketuai Carlos dan Zetty.
Pelakon
Watak utama
- Eira Syazira sebagai Effa
- Azri Iskandar sebagai Amri
Watak sokongan
- Ifa Raziah sebagai Zetty
- Syed Nahar (Syean) sebagai Saiful
- Atie AF1 sebagai Suriati
- Raja Azrey sebagai Ziman
- Raja Norbaizura sebagai Ibu Amri
- Shukrey Hashim sebagai Tuan Borhan
- Anding Indrawani
- Z. Zamri sebagai Pegawai Polis
- Ridani
- Abu Bakar Omar sebagai Tok Penghulu/Ayah Saiful
- Nadia l0
Pelakon undangan
- Zulkifli Ismail
- Razif Salmin sebagai lelaki misteri
Lagu tema
Bara
- Penyanyi: Awie
- Komposer: Johari Teh & Saari Amri
- Penulis Lirik: Johari Teh & Saari Amri
- Album: OST Filem Bara (1999)