Mengkulang | |
---|---|
frames | |
Pengelasan saintifik | |
| |
Heritiera elata Ridl. |
Mengkulang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Heritiera borneensis.
Kayu mengkulang adalah kayu keras sederhana yang digolongkan dalam "Kumpulan B" dalam senarai kayu Malaysia mengikut kekuatan mampatannya, bersama-sama dengan kayu keruing, kulim, kapur, dan merbau, antara lain. Ketumpatannya pada 19% kandungan lembapan ialah 800 kg/m³ dengan graviti tentu sebanyak 0.55. Kayunya digunakan dalam binaan untuk lantai, anak tangga, kerja panel, serta rangka pintu dan tingkap.