Menggapai Pelangi merupakan album studio ketiga dan terakhir dari kumpulan Illusi yang dikeluarkan pada tahun 1993. Album ini hit dengan lagu berentak irama Malaysia yang berjudul Inang Bujang Dan Dara ciptaan sepenuhnya oleh M. Nasir dan lagu ini turut menjadi siulan ramai sehingga kini. Lagu Inang Bujang Dan Dara juga melayakkan mereka ke pertandingan akhir Juara Lagu 1993 di bawah kategori Irama Malaysia. Album ini diterbitkan oleh M. Nasir sendiri tetapi kali ini di bawah label EMI, tidak seperti dua album mereka yang sebelum ini. Selepas album ini, kesemua anggotanya membawa haluan masing-masing dan vokalisnya, Ayai meneruskan kerjaya muziknya secara solo.