Mencari Rahmat | |
---|---|
Pengarah | Al Jafree Md Yusop |
Penulis | Al Jafree Md Yusop |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Madnor Kassim |
Disunting oleh | Aliff Ihsan Rahman |
Muzik oleh | Pacai |
Syarikat penerbitan | AB Roll |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Mencari Rahmat merupakan sebuah filem komedi bebas Malaysia 2017 arahan Al Jafree Md Yusop terbitan AB Roll Sdn. Bhd.. Ia dibintangi oleh Namron, Amerul Affendi, Nadia Aqilah, Sharifah Amani, Adibah Noor, Fauziah Nawi, Azman Hassan dan Eric Fuzi. Filem ini ditayangkan kepada umum 29 Julai 2017.[1]
Sinopsis
Razak merupakan seorang anak yatim piatu yang kini begelar seorang ahli perniagaan berjaya di Pulau Pinang. Selepas ibu bapa angkatnya meninggal dalam satu kemalangan, dia mewarisi segala-galanya, termasuk menjadi penjaga kepada cucu mereka berusia 19 tahun bernama Ratna, yang juga yatim piatu. Bagaimanapun, Razak yang merupakan seorang kaki parti dan suka berfoya-foya mahu menunjukkan contoh baik kepada Ratna. Sementara itu, Azman seorang lagi yatim piatu yang dibesarkan oleh makciknya, Datin Azizah. Datin Azizah mempunyai anak perempuan bernama Rose yang juga kekasih Razak. Kehidupan mereka kemudian bertembung sebagaimana rahsia mereka terdedah.
Pelakon
- Namron sebagai Razak
- Amerul Affendi sebagai Azman
- Nadia Aqilah sebagai Rose
- Sharifah Amani sebagai Ratna
- Adibah Noor sebagai Datin Azizah
- Fauziah Nawi sebagai Aunt Normah
- Eric Fuzi sebagai Reza
- Azman Hassan sebagai Mokhtar
- Tun Fazrul Azri sebagai Butler Glam Rock
- Anuar Paharudin sebagai Uncle Pekin
Penerbitan
Mencari Rahmat diarahkan oleh Al Jafree Md Yusop. Filem ini merupakan adaptasi daripada teks drama The Importance of Being Earnest karya Oscar Wilde.
Keluaran dan sambutan
Filem ini dikelaskan sebagai PG13
Rujukan
- ^ Mencari Rahmat Cinema Malaysia (22 Julai 2017). Dicapai pada 29 Julai 2017.