Menara Felda terletak di Jalan Tun Razak berhadapan Menara Kembar Petronas (KLCC). Tapak ini dibeli pada 2008 dengan harga RM930 sekaki persegi. Kini nilainya RM1,500 sekaki persegi dan tidak mungkin turun.
Pada 14 Julai 2010, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menjelaskan bahawa menara ini telah mula mencatatkan keuntungan walaupun belum siap. Ketika diwawancara dalam Hello Malaysia terbitan Bernama TV , Ahmad Maslan menjelaskan bahawa anak peneroka boleh mendapat peluang pekerjaan di situ dan membantu membasmi kemiskinan.[1]