Melati Abdul Shukor (lahir: 22 Oktober 1973) adalah merupakan seorang penyanyi wanita zaman 90an yang terkenal dengan lagu Pak Balik Pak pada tahun 1993.
Melati Shukor | |
---|---|
Nama lahir | Melati binti Abdul Shukor |
Kelahiran | Batu Pahat, Johor, Malaysia | 22 Oktober 1973
Pekerjaan | Penyanyi, Penulis Lirik |
Tahun aktif | 1993-kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, Balada, Pop Etnik |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Jojo's Production (1993-1996) Life Records (1996) |
Pasangan | Mohd Nazri Satiman (k. 1997) |
Anak-anak | Muhammad Azree Mohd Nazri Nur Shahreen Azni Mohd Nazri |
Kerjaya
Melalui pengalaman pahit ketika menceburi bidang nyanyian hampir tiga dekad lalu, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Pak Balik Pak, Melati Shukor, 49, menyimpan perasaan terkilan apabila impian diharapkan tidak kesampaian.
Namun, Melati enggan menuding jari menyalahkan mana-mana pihak sebagai punca nama tidak begitu menyerlah, meskipun lagu nyanyiannya kerap diputarkan di corong radio.
"Percaya tak? Walaupun lagu Pak Balik Pak kerap diputarkan di corong radio, namun nama saya tidak sepopular penyanyi seangkatan pada masa itu.
"Saya akui, kurang mendapat publisiti. Keadaan semakin ketara apabila saya menghasilkan album kedua, Bila Hatiku Rindu pada 1996.
Ada antaranya urusan dipermudah dan mampu mengekalkan populariti berpuluh-puluh tahun, namun ada juga tidak bernasib baik apabila terkandas di pertengahan jalan.
"Walaupun ada album baharu, tetapi stesen radio tetap memutarkan lagu album pertama, walhal banyak lagu daripada album kedua sedap didengar.
"Perkara ini juga berlaku apabila label saya menghentikan operasi, sekali gus situasi membuatkan kerjaya nyanyian saya terumbang-ambing.
"Pun begitu, saya enggan menyalahkan sesiapa, perkara sudah pun lama berlalu. Saya percaya apa yang berlaku adalah ketentuan Tuhan, bukan rezeki saya," katanya kepada BH Online.
Menyifatkan ujian menimpanya sebagai satu cabaran, penyanyi kelahiran Johor Bahru itu tidak pernah patah semangat.
Buktinya, hingga hari ini pemilik nama lengkap Nor Melati Mohd Shukor masih meneruskan kerjaya seni dengan memenuhi undangan nyanyian sekitar negeri kelahirannya itu.
"Saya tak pernah meninggalkan bidang nyanyian. Secara kebetulan, saya memang berulang alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur ketika aktif menyanyi dahulu.
"Apabila nasib tidak menyebelahi diri, saya teruskan kerjaya nyanyian saya di Johor Bahru.
"Selain memenuhi undangan nyanyian, saya banyak menerima jemputan menjadi juri.
"Saya juga menjalankan bisnes kecil-kecilan dengan menerima tempahan membuat hantaran majlis perkahwinan dan pertunangan," ujar ibu kepada sepasang cahaya mata ini.
Tidak pernah menganggap diri sebagai penyanyi hebat atau bertaraf legenda meskipun sudah 29 tahun berjuang sebagai anak seni, Melati berkata, dia selesa dengan kehidupannya hari ini.
"Apabila orang tak kenal, rasa legalah juga. Tak perlu nak fikir pasal glamor, termasuk tiada perhatian diberikan masyarakat.
"Nak pergi ke mana-mana pun senang. Dari kehidupan berumah tangga, Alhamdulillah, saya bahagia bersama suami dan anak-anak
Diskografi
Album studio
- Melati (1993)
- Bila Hatiku Rindu (1996)
Lagu-lagu
- Demi Hari Esok
- Pak Balik Pak
- Bila Hatiku Rindu