(Dilencongkan daripada Mei 30)
<< | Mei | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
2024 |
30 Mei merupakan hari ke-150 (hari ke-151 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 215 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Ketibaan Orang India di Trinidad dan Tobago.
Peristiwa
- 1431 - Perang Seratus Tahun: Jeanne d'Arc dibakar hidup-hidup di Rouen, Perancis.
- 1434 - Angkatan tentera Taborite yang diketuai Prokop Agung ditewaskan sepenuhnya dalam Pertempuran Lipany, menamatkan Peperangan Hus di Bohemia.
- 1536 - Henry VIII dari England berkahwin dengan Jane Seymour (gambar), dang perwara kedua-dua permaisurinya yang pertama.
- 1911 - Perlumbaan kereta roda terbuka Indianapolis 500 pertama diadakan di Indianapolis Motor Speedway, Speedway, Indiana, A.S.
- 1967 - Jeneral C. Odumegwu Ojukwu mengumumkan penubuhan Biafra, sebuah negeri pemisah di bahagian tenggara Nigeria, mencetuskan Perang Saudara Nigeria seminggu kemudian.
- 1989 - Dewi Demokrasi (gambar replika), sebuah patung 10-meter yang diperbuat daripada busa polistirena dan papier-mâché, dinaikkan oleh pembantah pelajar di Dataran Tiananmen, Beijing.
- 2007 - Mahkamah Persekutuan Malaysia menolak rayuan Lina Joy untuk membuang perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya.
- 2010 - Ribut Agatha menyebabkan banjir meluas di Amerika Tengah, mengorbankan lebih 180 orang.
- 2011 - Salah satu wabak terbesar E. coli pernah direkodkan melanda Jerman dan beberapa negara Eropah lain.
- 2012 - IUPAC menerima nama flerovium dan livermorium bagi dua unsur sintetik yang baru ditemui.
Kelahiran
- 1971 - Idina Menzel, pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat
- 1980 - Steven Gerrard, pemain bola sepak Liverpool F.C.
- 1983 - Scha Al-Yahya, pelakon wanita Malaysia
- 2001 - YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor