Mehrgarh (Balochi: مہرگڑھ; Urdu: مہرگڑھ) ialah sebuah tapak Neolitik (sekitar 7000 SM hingga 2500/2000 SM), yang terletak di Dataran Kacchi, Balochistan, Pakistan.[1] Mehrgarh terletak berdekatan Laluan Bolan, barat lembah Sungai Indus dan di antara bandar-bandar moden Quetta, Kalat dan Sibi. Tapak ini ditemui pada 1974 oleh kumpulan yang diketuai ahli-ahli arkeologi Perancis, Jean-François Jarrige dan Catherine Jarrige, dan digali secara berterusan dari 1974 hingga 1986, dan sekali lagi dari 1997 hingga 2000. Temuan-temuan arkeologi telah dijumpai di enam kawasan, dan kira-kira 32,000 buah artifak telah ditemui. Tapak terawal Mehrgarh — di hujung timur laut tapak, ialah sebuah tinggalan perkampungan pertanian yang ditarikh wujud antara 7000 SM ke 5500 SM.