Mazbah (Jawi: مذبح ) atau altar (Jawi: التر ) ialah meja atau pelantar untuk meletakkan persembahan keagamaan, untuk korban, atau untuk upacara-upacara lain. Mazbah terdapat di keramat, kuil, gereja, dan tempat-tempat ibadat lain. Ia kebanyakannya digunakan dalam paganisme, Kristian, Buddha, Hindu, Yahudi,[a] paganisme moden, dan dalam komuniti Islam tertentu di sekitar Caucasia dan Anatolia. Banyak kepercayaan purba dan abad pertengahan turut menggunakannya, seperti agama Rom, Yunani, dan Nor.
Etimologi
Perkataan mazbah ialah serapan daripada kata nama tempat bahasa Arab مذبح (tempat persembelihan; meja persembahan), daripada akar ذ ب ح yang bermaksud sembelih atau korban.
Perkataan altar berasal daripada bahasa Inggeris moden altar, yang berasal daripada altar Inggeris Pertengahan, daripada bahasa Inggeris Kuno alter, diambil daripada Latin altare ("altar"), mungkin berkaitan dengan adolere ("bakar"); oleh itu "tempat pembakaran", dipengaruhi oleh altus ("tinggi"). Ia menggantikan perkataan asli Inggeris Kuno wēofod.
Catatan
- ^ Mazbah dalam agama Yahudi hanya digunakan dalam sejarah: Ia tamat dengan kemusnahan Bait Suci Kedua.
Pautan luar
Cari Mazbah dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Mazbah. |