Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Sepanyol. (November 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Maximilian I | |||||
---|---|---|---|---|---|
Maharaja Mexico | |||||
Pemerintahan | 10 April 1864 – 19 Jun 1867[1] | ||||
Didahului oleh | Sistem beraja diasaskan semula (Benito Juárez, Presiden Mexico) | ||||
Diikuti oleh | Sistem beraja dimansuhkan (Benito Juárez, Presiden Mexico) | ||||
Pemangku raja | |||||
Keputeraan | Schönbrunn, Vienna, Austria | 6 Julai 1832||||
Kemangkatan | 19 Jun 1867 Cerro de las Campanas, Santiago de Querétaro, Mexico | (umur 34)||||
Pemakaman | Kaisergruft, Vienna, Austria | ||||
Pasangan | Charlotte dari Belgium | ||||
| |||||
Kerabat | Kerabat Habsburg-Lorraine | ||||
Ayahanda | Archduke Franz Karl dari Austria | ||||
Bonda | Puteri Sophie dari Bavaria | ||||
Agama | Roman Katolik | ||||
Tandatangan |
Maximilian I, (6 Julai, 1832 – 19 Jun 1867) merupakan Maharaja Mexico yang berketurunan daripada kerabat Habsburg daripada Austria. Dengan sokongan Napoleon III dari Perancis dan sekumpulan konservatif Mexico, baginda dimahkotakan sebagai Maharaja Mexico pada 10 April 1864.
Ramai rakyat Mexico dan kerajaan asing enggan mengesahkan kerajaannya dan Maximilian dihukum bunuh selepas dia ditawan oleh penyokong republik Mexico.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Maximilian dilahirkan di Schönbrunn, Vienna, Austria, anak kedua Archduke Franz Karl dari Austria dan isterinya Sophie Friederike Dorothee Wilhelmine, Puteri Bavaria. Abangnya merupakan Maharaja Franz Josef Austria (sometimes identified by the English spelling Francis Joseph). Maximilian dilahirkan sebagai His Imperial dan Royal Highness Ferdinand Maximilian Joseph, Prince Imperial and Archduke of Austria, Putera Diraja bagi Hungary dan Bohemia.
Baginda mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dengan menampakkan minat yang besar kearah kesenian dan mempamerkan minat awal kepada sains, terutama botani. Baginda dilatih sebagai seorang tentera laut yang menunjukkan semangat yang kuat sehingga baginda naik dengan cepat ke pemerintahan tertinggi tentera, dan memainkan peranan penting dalam penubuhan pangkalan tentera laut Trieste dan armada dengan Laksamana Wilhelm von Tegetthoff memenangi kemenangannya dalam Perang Itali. Baginda terpengaruh oleh idea-idea progresif yang popular pada masa itu, dan mempunyai reputasi sebagai seorang berfahaman liberal yang kuat, maka ia mendorong kepada jawatan sebagai wizurai bagi negara Lombardo-Venetia pada 1857.
Baginda berkahwin, pada 27 Julai 1857, di Brussel, Belgium, dengan Puteri Charlotte dari Belgium (juga dikenali sebagai maharani Carlota Mexico), anak perempuan kepada Leopold I, Raja Belgium.
Sebagai Maharaja Mexico
[sunting | sunting sumber]Pada 1859, baginda dihubungi puak penyokong monarki Mexico pimpinan José Pablo Martínez del Río—yang mempelawa baginda menduduki takhta Maharaja Mexico. Sambil itu pula, Maximilian sudah ada potensi kelayakan mendapatkan pewarisan takhta Wangsa Habsburg yang memerintah Kewizuraian Sepanyol Baru sejak berkurun lamanya, namun tidak dapat memerintah di Eropah atas kehadiran kakandanya.[2] Pada 20 Oktober 1861 di Paris, Maximilian menerima suatu perutusan surat daripada Gutierrez de Estrada agar menaiki takhta raja Mexico. Baginda pada asalnya enggan melakukan demikian, namun bertukar fikiran setelah campur tangan Perancis di Mexico, selain mahu memenuhi hasratnya mahu mengembara di hutan-hutan tropika di Brazil. Maximilian bersetuju menerima pertabalan ini pada October 1863 selepas diundang Napoleon III, berikutan pengepungan Bandar Raya Mexico oleh Jeneral Élie-Frédéric Forey serta suatu plebisit urusan Perancis yang merasmikan penubuhan sebuah Empayar yang baru.[2]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Derecho Mexicano, Jacinto Pallares, Mexico ISBN 1-162-47704-0
- ^ a b Maximilian in Mexico
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Maximilian I dari Mexico |