Masyarakat komunis atau sistem komunis adalah suatu bentuk sistem kemasyarakatan dan ekonomi yang dijangka akan timbul dari kemajuan teknologi melalui daya produktif dalam teori Marxisme, dan adalah merupakan matlamat utama ideologi politik Komunisme. Masyarakat komunis adalah berdasarkan pemilikan bersama alat-alat pengeluaran beserta akses terbuka kepada penggunaan dan juga merupakan masyarakat tanpa kelas dan tanpa negara, membayangkan bahawa ianya adalah pengakhiran bagi eksploitasi ekonomi. Karl Marx merujuk peringkat pembangunan ini sebagai komunisme tahap tinggi.
Komunisme adalah peringkat khusus pembangunan sosioekonomi yang timbul dari kemajuan teknologi melalui daya produktif yang membawa kepada melimpahnya kekayaan material, membenarkan pengagihan berdasarkan keperluan dan hubungan sosial yang berasaskan individu-individu yang bebas. [1]
Istilah "masyarakat komunis" seharusnya dibezakan dengan "negara komunis" yang merujuk kepada negara yang diperintah oleh parti yang biasanya memegang ideologi Marxisme-Leninisme, suatu variasi daripada ideologi komunis.
Aspek ekonomi
Sistem ekonomi komunis digambarkan sebagai sistem yang maju teknologi pengeluarannya hingga mewujudkan lebihan material, yang membenarkan pengagihan percuma kepada kebanyakan atau seluruh output ekonomi dan yang memegang alat-alat pengeluaran ini adalah semua orang. Oleh itu, komunisme berbeza dengan socialism, yang, menghadkan akses kepada penggunaan dan servis berdasarkan sumbangan seseorang.[2]
Komunisme dapat dibezakan dari sudut pemilikan sumber alam dan alat-alat pengeluaran yang dipegang oleh semua orang berbanding sosialisme yang hak miliknya adalah pada oraganisasi kooperatif yang menyekat aksesnya, ataupun dipegang oleh pemikikan individu tertentu sahaja (seperti kapitalisme). Oleh itu komunisme teribat dengan "penolakan terhadap konsep harta pemilikan" kerana gagal merasionalkan konsep kawalan ekslusif kepada alat-alat pengeluaran dalam suasana yang mempunyai lebihan materi.[3]
Aspek sosial
Masyarakat komunis akan membebaskan semua individu daripada masa bekerja yang panjang pertamanya dengan menghapuskan eksploitasi dan pembahagian antara pekerja dan pemilik, dan keduanya dengan kemajuan teknologi dan pengeluaran automatik yang dapat membebaskan semua individu dari keterasingan (alienation) yang telah mencengkam hidup seseorang kepada hanya memikirkan soal kemandirian hidupnya sahaja (mencari wang dan upah dalam sistem kapitalis). Hasilnya, masyarakat komunis digambarkan sebagai masyarakat yang cenderung kepada intelektual dengan masa dan sumber yang mereka ada digunakan untuk mengejar keinginan dan hobi dan menyumbang kepada sosial dan kekayaan kreatif. Karl Marx mencadangkan "kekayaan yang sebenar" sebagai bilangan masa yang seseorang ada untuk mengejar keinginan kreatif mereka.[4]
Hal ini bersekali dengan idea Marx mengenai tamatnya amalan pembahagian kerja, yang tidak lagi diperlukan dalam masyarakat yang amat automatik pada pengeluarannya dan tugas kerja yang terhad.
Juga, masyarakat komunis tidak memerlukan negara, yang tujuannya adalah untuk menguatkuasakan hierarki hubungan ekonomi, memaksakan kawalan ekslusif terhadap pemilikan, dan aturan aktiviti ekonomi bersifat kapitalistik - semuanya tidak dapat diterima oleh sistem masyarakat komunis.[5][3]
Dalam masyarakat komunis, hubungan ekonomi tidak lagi menentukan masyarakat. . Ketidakcukupan akan dihapuskan pada tiap aspek.[3] Pekerja yang terasing dari dirinya akan hilang, kerana manusia akan bebas untuk mengejar cita-cita peribadi mereka.[5] Masyarakat seperti ini dapat dikenali melalui slogan daripada Karl Marx: "Dari masing-masing mengikut kebolehannya, kepada masing-masing mengikut keperluannya."[3] Marx tidak pernah secara jelas mengatakan bahawa sama ada masyarakat komunis itu akan bersifat adil; ada yang berspekulasi bahawa beliau memikirkan yang komunisme akan melangkaui keadilan dan mencipta masyarakay tanpa konflik, yang, tidak lagi memerlukan peraturan dan keadilan.[6] Masyarakat komunis akan menjadi demokratik, tidak hanya dalam bentuk demokrasi pemilihan semata, bahkan dicirikan sebagai terbuka dan bekerjasama pada sosial dan suasana tempat kerja.[3]
Sumber terbuka dan pengeluaran sejawat
Banyak aspek dari ekonomi komunis telah wujud dalam dekad terbaru ini dalam bentuk open-source software dan perkakasan, yang sumber kod yakni alat bagi mengeluarkan perisian diberikan kepada umum dan boleh diakses kepada semua secara percuma; dan peroses pengeluaran sejawat melalui usaha kerjasama mewujudkan perisian percuma yang tidak bergantung kepada nilaian wang. Michel Bauwens membandingkan sumber terbuka dan pengeluaran sejawat dengan "pengeluaran pasaran".[7]
References
- ^ "Full Communism: The Ultimate Goal". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-05. Dicapai pada 2009-06-05.
- ^ Gregory and Stuart, Paul and Robert (2003). Comparing Economic Systems in the Twenty-First. South-Western College Pub. m/s. 118. ISBN 0-618-26181-8.
Communism, the highest stage of social and economic development, would be characterized by the absence of markets and money and by abundance, distribution according to need, and the withering away of the state…Under socialism, each individual would be expected to contribute according to capability, and rewards would be distributed in proportion to that contribution. Subsequently, under communism, the basis of reward would be need.
- ^ a b c d e Barry Stewart Clark (1998). Political economy: a comparative approach. ABC-CLIO. m/s. 57–59. ISBN 978-0-275-96370-5. Dicapai pada 7 March 2011.
- ^ Marx, Theorien uber der Mehwert III, ed.
- ^ a b Craig J. Calhoun (2002). Classical sociological theory. Wiley-Blackwell. m/s. 23–23. ISBN 978-0-631-21348-2. Dicapai pada 5 March 2011.
- ^ "Karl Marx – Stanford Encyclopaedia of Philosophy".
- ^ Michel Bauwens (22 March 2014). "From the Communism of Capital to a Capital for the Commons". P2P Foundation. Dicapai pada 26 October 2014.