Masjid Taman Wangi مسجد تامن واڠي | |
---|---|
![]() Masjid Taman Wangi pada waktu malam | |
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Dibuka pada | 1980-an |
Status | Beroperasi |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Md Yunus Haji Abu Bakar (Imam Besar) |
Bilal | Azmi Mat Husin |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kelantan |
Lokasi | Jalan Dahlia, Taman Wangi, 18300 Gua Musang, Kelantan |
Maklumat pembinaan | |
Gaya seni bina | Melayu tadisional, Arab (Maghribi) |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Kapasiti jemaah | 300 |
sunting ![]() |
Masjid Taman Wangi merupakan sebuah masjid yang terletak di Taman Wangi, 18300 Gua Musang, Kelantan iaitu sebuah negeri dalam Malaysia.
Sejarah
Masjid ini pada asalnya merupakan sebuah surau di Taman Wangi, Gua Musang. Pada tahun 2019, satu projek dijalankan untuk membesarkan surau sedia ada sekaligus menaiktaraf rumah ibadat tersebut kepada masjid. Setakat rencana ini ditulis (26/2/2021), masjid baharu itu baru sahaja mendapat kelulusan dari MAIK untuk melaksanakan solat jumaat (pemecahan mukim) dan menunggu masa untuk melaksanakan solat jumaat dalam beberapa minggu akan datang menjelang Ramadan 1442H. Sebelum ini, masjid terbabit telahpun mengadakan solat sunat hari raya setiap tahun.
Galeri
-
Ruang solat dalam masjid.
-
Para jemaah sedang menunaikan solat di dalam ruang utama masjid.