Masjid Khalid ibn al-Walid مسجد خالد ابن الوليد | |
---|---|
Info asas | |
Lokasi | Syria |
Agama | Islam |
Negeri | Syria |
Wilayah | Levant |
Negara | Syria |
Tahun ditahbiskan | 1908-1913 |
Status | Aktif (Mengalami kerosakan akibat perang saudara Syria) |
Pemimpin | Empayar Uthmaniyyah |
Penerangan seni bina | |
Arkitek | Abdallah Ulsun |
Jenis seni bina | Seni bina Turki |
Gaya seni bina | Seni bina Uthmaniyyah |
Disiapkan pada | Abad ke-20 |
Spesifikasi | |
Bil. kubah | Satu besar dan sembilan kecil |
Bil. menara masjid | 2 |
Masjid Khalid ibn al-Walid (Arab: مسجد خالد ابن الوليد ) ialah masjid di Homs, Syria, terletak di sebuah taman di Jalan Hama, Medan ash-Shuhada. Terkenal dengan gaya seni bina Uthmaniyyah, masjid ini dinamakan sempena Khalid bin al-Walid, seorang Sahabat dan panglima tentera Islam yang mengetuai penaklukan Syria pada abad ke-7 M berikutan Pertempuran Yarmuk yang mengakhiri pemerintahan Byzantine di Syria. Makam berkubah Khalid bin al-Walid terletak di sebuah penjuru dewan solat dan sering dizirahi. Dua menara tinggi dan sempit yang dibina dengan baris mendatar batu berwarna hitam dan putih bersilih ganti terletak di sudut barat laut dan timur laut masjid, melambangkan gaya seni bina Islam tradisional wilayah Levant.
Semenjak Julai 2011, Masjid Khalid bin al-Walid menjadi pusat para pemberontak dalam Perang saudara Syria tetapi ditinggalkan pada 27 Julai 2013. Kerajaan Syria menyerang & merosakkan makam Khalid di dalam masjid. Berikutan pengembalian semula oleh kerajaan Syria, media kerajaan Syria telah menunjukkan kerosakan teruk di dalam masjid, termasuk beberapa bahagian telah dibakar, dan pintu kubur itu dimusnahkan.
Seni bina
Gaya masjid ialah gaya Uthmaniyyah: ia merangkumi sebuah laman, dan dinding-dinding "dihiasi baris batu hitam dan putih bersilih ganti", Ablaq.[1][2] Ia dibezakan oleh dua menara tinggi berwarna putih yang mempunyai serambi dibina daripada batu hitam dan putih.[3] Terletak di penjuru barat laut dan timur laut masjid,[4] menara-menara ini mencerminkan gaya seni bina Islam tradisional Levant. Menara-menara dan bingkai-bingkai tingkap dibuat daripada batu kapur putih. Kubah pusat masjid dibuat daripada logam berwarna perak[5] dan memantulkan sinaran matahari.[6][7] Kubah disokong empat tiang besar, dibina dalam gaya ablaq Mamluk. Terdapat sembilan kubah kecil selain kubah pusat.
Dewan solat besar membentuk kawasan dalaman. Dinding-dinding dibina dengan batu basalt, bahan binaan yang mudah didapati di Homs. Makam Khalid bin al-Walid RA terletak di satu penjuru.[1][8][2]. Makam Khalid mempunyai kubah berhias rumit dan bahagian dalaman yang menggambarkan lebih daripada 50 kemenangan pertempuran yang beliau ketuai.[9][10][11]
Rujukan
- ^ a b Mannheim, 2001, p. 205. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Mannheim" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b "Lonely Planet review for Khaled ibn al-Walid Mosque". Lonely Planet. Dicapai pada 8 October 2012.
- ^ Homs, Syria "Nomes, Syria" Check
|url=
value (bantuan). Atlas Tours. Dicapai pada 8 October 2012. - ^ Akram, 2006, p. 480
- ^ Ham, 2009, p. 484
- ^ Skinner, 2004, p. 153.
- ^ "Homs". Homsonline. Dicapai pada 8 October 2012.
- ^ Akram 2004, halaman 501
- ^ Akram 2004, halaman 494
- ^ "Homs, Hums, Emesa". ArchNet Digital Library. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-05. Dicapai pada 8 September 2012.
- ^ Jess, 2010, p.121.
Bibliografi
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Masjid Khalid bin al-Walid (Homs) |
- Akram, Agha Ibrahim (2004). The Sword of Allah: Khalid bin al-Waleed – His Life and Campaigns. Oxford University Press. ISBN 0-19-597714-9.
- Akram, A. I. (2006). The sword of Allah: Khalid bin al-Waleed, his life and campaigns. Mr. Books.
- Aldosari, Ali (2007). Middle East, Western Asia, and Northern Africa. Marshall Cavendish. ISBN 978-0-7614-7571-2.
- Beattie, Andrew; Pepper, Timothy (2001). The Rough Guide to Syria. Rough Guides. ISBN 978-1-85828-718-8.
- Darke, Diana (1 October 2006). Syria: The Bradt Travel Guide. Bradt Travel Guides. ISBN 978-1-84162-162-3.
- Douwes, Dick (2000). The Ottomans in Syria: a history of justice and oppression. I.B. Tauris. ISBN 1860640311.
- Ham, Anthony (2 May 2009). Middle East. Lonely Planet. ISBN 978-1-74104-692-2. Dicapai pada 8 October 2012.
- Hillenbrand, Car (23 August 2000). The Crusades: Islamic Perspectives. Psychology Press. ISBN 978-0-415-92914-1.
- Less, Jess (23 April 2010). Syria Handbook. Footprint Travel Guides. ISBN 978-1-907263-03-3. Dicapai pada 8 October 2012.
- Mannheim, Ivan (2001). Syria & Lebanon Handbook: The Travel Guide. Footprint Travel Guides. ISBN 978-1-900949-90-3.
- Mikaberidze, Alexander (2011). Volume 1 of Conflict and Conquest in the Islamic World: A Historical Encyclopedia. ABC-CLIO. ISBN 9781598843361.
- Rougier, Bernard (2007). Everyday Jihad: The Rise of Militant Islam Among Palestinians in Lebanon. Harvard University Press. ISBN 978-0-674-02529-5.
- Skinner, Patricia (2004). Countries of the World. Gareth Stevens. ISBN 9780836831184.