Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh | |
---|---|
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Status | Aktif |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Hj. Haron Bin Man2013 (Imam Besar) Abd Latiff Bin Ahmad2013 (Timb. Imam Besar) Mohd Faizal Bin Abdullah2013 |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Daerah Gombak |
Lokasi | Pekan Sungai Buloh Batu 12 ½ Pekan Sungai Buloh 47000 Sungai Buloh |
Koordinat | 3°12′27″S 101°34′45″E / 3.20750°S 101.57917°EKoordinat: 3°12′27″S 101°34′45″E / 3.20750°S 101.57917°E |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Bahan binaan | Konkrit |
sunting |
Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh merupakan sebuah Masjid Jamek yang terletak dalam daerah Gombak, Selangor, Malaysia.
Latar belakang
Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh terletak di kedudukan Latitud 3 darjah, 12 minit, 27 saat Selatan dan Longitud 101 darjah, 34 minit, 45 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 31minit, 6 saat. [1]
Masjid ini di bina berbentuk segiempat dan mempunyai kubah dan menara. Masjid ini mempunyai dua aras solat serta mempunyai maahad tahfiz al-hijrah. Separuh daripada dindingnya disempurnakan dengan ukiran kayu. Dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat. Masjid yang tersergam indah ini mempunyai dua aras solat dan di bahagian luar terdapat ukiran yang sangat menarik dan melambangkan keagongan yang maha kuasa. Dari jauh masjid ini di lihat sangat megah dan mewah dengan seni bina nya dan juga ciri bangunannya nampak mewah. Masjid ini berkeluasan lebih kurang 1.4 ekar dan mula dibina sekitar tahun 1967 dan dirasmikan pada tahun yang sama iaitu pada tanggal 14/7/1967.