Masjid Cina Melaka | |
---|---|
![]() | |
Info asas | |
Lokasi | Krubong, Melaka, Malaysia |
Koordinat geografi | 2°17′45.4″N 102°13′48.9″E / 2.295944°N 102.230250°EKoordinat: 2°17′45.4″N 102°13′48.9″E / 2.295944°N 102.230250°E |
Agama | Islam |
Cabang/Mazhab | Sunni |
Negara | Malaysia |
Pemilikan | Persatuan Cina Mulsim Melaka |
Pemimpin | Persatuan Cina Muslim Melaka |
Penerangan seni bina | |
Jenis seni bina | Masjid |
Gaya seni bina | Seni bina Cina |
Disiapkan pada | April 2014 |
Kos pembinaan | RM7.5 million |
Spesifikasi | |
Kapasiti | 2,000 jemaah |
Bil. kubah | 2 |
Bil. menara masjid | 1 |
Masjid Cina Melaka (Jawi: مسجد چينا نڬري ملاك; Cina: 马六甲华人清真寺) merupakan sebuah masjid di Krubong, Melaka, Malaysia dengan gaya seni bina Cina. Masjid ini adalah masjid ketiga berciri seni bina Cina di Malaysia selain di Kelantan dan Perak. Ia telah dibangunkan oleh Persatuan Cina Muslim Melaka (Pertim).[1][2][3]
Sejarah
Bajet pembinaan masjid ini telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Oktober 2011. Pembinaannya dimulakan pada Ogos 2012 oleh Warisan Harmoni Pembinaan Sendirian. Bhd. dan siap sepenuhnya pada April 2014.
Seni bina
Masjid ini direka dengan seni bina Cina yang unik dengan pagoda dan kaligrafi Cina daripada gabungan reka bentuk seni bina beberapa masjid-masjid di Beijing, Shanghai dan Xi'an di China. Ia mempunyai dua menara masjid dan satu kubah. Masjid ini dilengkapi dengan dewan solat utama, perpustakaan, dewan serbaguna, pejabat-pejabat dan restoran. Dengan kawasan seluas 2.8 hektar, masjid ini boleh menampung sehingga 2,000 jemaah.
Kos
Dianggarkan kos pembinaan masjid ini sebanyak MYR7.5 juta, dengan MYR5.9 juta disediakan oleh kerajaan persekutuan manakala selebihnya daripada Pertim dan sumbangan orang ramai.
Aktiviti
Khutbah solat Jumaat di masjid ini disampaikan dalam bahasa Mandarin.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Ethnic-based mosques do not undermine Muslim solidarity, says group". themalaysianinsider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-10. Dicapai pada 2018-09-13.
- ^ "Chinese mosque for Malacca". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-21. Dicapai pada 2018-09-13.
- ^ "Archives". thestar.com.my.